UPM Institutional Repository

Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar. [UPM News]

Abstract

SERDANG – Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Recycling Rally yang merupakan inisiatif hijau untuk memupuk semangat kitar semula bahan buangan. Program ini menyokong penyertaan UPM dalam GreenMetric Ranking of World Universities dan meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan komuniti kampus UPM. Bahan kitar semula yang diperlukan dalam program ini ialah kertas, akhbar, cardboard, plastik, botol, tin, bateri dan barangan elektronik (telefon bimbit, komputer dan seumpamanya). Program ini memperkenalkan sistem Recycle & Reward melalui mata ganjaran kepada peserta berdaftar yang menukar barangan kitar semula di mana mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dengan barangan elektronik dan barangan lain di kedai terpilih. Bahan kitar semula hendaklah dibawa ke program ‘Recycling Rally’ di Panggung Percubaan UPM pada 10 Jun depan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Program ini akan menampilkan aktiviti menarik seperti persembahan muzikal istimewa Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) Eco Drum Circle yang menampilkan konsep kesenian dan alam menggunakan barangan kitar semula dengan tema recycle your music. Aktiviti lain ialah demonstrasi cara mudah untuk mengitar semula barangan terpakai, lot-lot jualan dan pameran.


Download File

[img]
Preview
PDF
Program_recycling_rally.pdf

Download (44kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 04 Jun 2010 08:14
Last Modified: 27 May 2013 07:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7072
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item