UPM Institutional Repository

Faktor mempengaruhi pelaksanaan solat murid tingkatan empat sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia


Citation

Johari, Nurul Syuhada (2017) Faktor mempengaruhi pelaksanaan solat murid tingkatan empat sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan ibadat solat dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor Malaysia yang. Bertujuan untuk menentukan hubungan metodologi pengajaran guru, sikap murid terhadap ibadat solat dan persekitaran pembelajaran murid dengan pelaksanaan ibadat solat. Kajian ini mengenal pasti sumbangan tiga faktor tersebut terhadap pelaksanaan ibadat solat murid menggunakan reka bentuk kajian korelasi dan teknik pensampelan rawak dua peringkat. Seramai 360 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat dijadikan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik serta nilai kebolehpercayaan konstruk bagi metodologi pengajaran guru (.92), sikap murid terhadap ibadat solat (.76), persekitaran pembelajaran murid (.77) dan pelaksanaan ibadat solat (.89). Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan ibadat solat adalah tinggi (Min=4.26, SP=0.35), metodologi pengajaran guru berada pada tahap tinggi (Min=4.06, SP=0.40), sikap murid terhadap ibadat solat juga tinggi (Min=4.19, SP=0.32) dan persekitaran pembelajaran murid adalah tinggi (Min=4.07, SP=0.42). Manakala analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara metodologi pengajaran guru (r=.328), sikap murid terhadap ibadat solat (r=.288) dan persekitaran pembelajaran murid (r=.426) dengan pelaksanaan ibadat solat. Analisis regresi pula menunjukkan pemboleh ubah metodologi pengajaran guru (β=.109), sikap murid terhadap ibadat solat (β=.237), persekitaran pembelajaran murid (β=.267) telah menyumbang sebanyak 23.4 peratus terhadap pelaksanaan ibadat solat. Secara kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan ibadat solat murid dipengaruhi oleh tiga faktor yang dikaji. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menerapkan pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran ibadat solat agar dapat menarik minat murid untuk melaksanakan solat di sekolah. Di samping itu, peranan ibu bapa pula adalah memberi didikan agama yang sempurna serta menunjukkan sikap yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 5 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islam - Prayers and devotion
Subject: Prayer - Islam - Study and teaching
Call Number: FPP 2017 5
Chairman Supervisor: Fathiyah Mohd Fakhruddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 03:07
Last Modified: 06 Sep 2019 03:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70701
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item