UPM Institutional Repository

Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Suhaimi, Tatiana (2016) Faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kepelbagaian makanan merupakan satu pengiraan bagi bilangan setiap jenis makanan yang diambil oleh individu dalam satu tempoh masa. Mempelbagaikan pengambilan makanan telah menjadi saranan dalam pelbagai garis panduan pemakanan di serata dunia termasuklah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pemilihan makanan sebagai faktor peramal kepada kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Lembah Klang. Sejumlah 400 orang pelajar berusia 18 – 24 tahun daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara dipilih melalui persampelan rawak berperingkat. Borang soal selidik digunakan untuk memperoleh maklumat latar belakang demografik, sumber kewangan, jumlah perbelanjaan, faktor-faktor pemilihan makanan serta kekerapan pengambilan makanan. Skor Kepelbagaian Makanan dikira berdasarkan maklumat kekerapan pengambilan makanan. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk analisis diskriptif, korelasi Pearson dan Regresi Logistik. Hasil kajian mendapati majoriti responden (95%) mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah bagi keseluruhan kumpulan makanan. Manakala lebih 75% responden mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah bagi setiap jenis kumpulan makanan. Bagi analisis Korelasi Pearson, terdapat perkaitan yang signifikan ditemui antara motif kebiasaan (p<0.05), neofobia makanan (p<0.01), emosi (p<0.05) dan pengetahuan pemakanan (p<0.01) dengan kepelbagaian makanan. Hasil analisis Regressi Logistik menunjukkan tiga faktor pemilihan makanan yang signifikan dalam meramal kepelbagaian makanan responden. Responden yang mementingkan motif sensori dan neophobic adalah 1.54 dan 5.55 kali ganda untuk mempunyai tahap kepelbagaian makanan yang rendah. Namun, responden yang tinggi tahap pengetahuan pemakanan adalah 5.40 kali ganda cenderung untuk mempunyai masalah yang sama. Ini berkemungkinan kerana responden lebih memilih sifat sensori dan kepuasan berbanding kandungan khasiat dalam makanan tersebut. Oleh itu, pihak berkenaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi pendidikan kewangan dan universiti disarankan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini. Program kesihatan dan peruntukan bajet untuk kupon makanan dapat membantu menyediakan peluang dan menggalakkan pelajar untuk mencuba makanan yang pelbagai dan lengkap setiap hari. Sekaligus ini dapat membantu pelajar untuk membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan berkualiti dalam jangka masa panjang.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2017 29 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Food preferences - Education, Higher
Subject: Food consumption
Subject: Food habits
Call Number: FEM 2017 29
Chairman Supervisor: Profesor Madya Norhasmah binti Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 29 Aug 2019 02:25
Last Modified: 29 Aug 2019 02:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70664
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item