UPM Institutional Repository

Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia


Citation

Esa, Masitah (2017) Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau dikenali sebagai YADIM merupakan sebuah Badan Amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan berfungsi untuk melaksanakan gerakan dakwah bagi meningkatkan kefahaman ajaran Islam dan kesedaran dakwah Islamiah. Oleh yang demikian, pendekatan kualitatif adalah yang paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Ini kerana responden seramai 24 orang mempunyai pengalaman dan penglibatan mereka dalam menjayakan program-program dakwah YADIM. Mereka merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi dan para pegawai yang telah berkhidmat dengan YADIM. Selain itu, agensi sekutu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu juga telah memberi kerjasama dalam menjayakan program dan produk dakwah YADIM. Teknik temu bual secara bersemuka telah diadakan di samping pengumpulan bahan-bahan dokumentasi dan pemerhatian untuk mendapatkan data secara holistik. Data direkod dan dikod serta dianalisis secara verbatim dengan menggunakan perisian Atlas.Ti bagi membantu pengurusan data. Analisis terperinci dibuat untuk menghasilkan tema bagi menjawab persoalan kajian. Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh YADIM iaitu kepimpinan yang berkesan, kekurangan sumber kewangan, karenah birokrasi dalam pengurusan, kekurangan sumber tenaga manusia dan tiada kesinambungan program dakwah. Namun begitu mutakhir ini, YADIM telah melakukan transformasi bagi melaksanakan anjakan paradigma dalam gerakan dakwahnya iaitu pertama, gaya kepimpinan yang meliputi sifat pemimpin. Sifat ini termasuk pemimpin yang mempunyai imej yang berwibawa, berilmu dan berpengetahuan luas, berwawasan, bersikap terbuka, penerapan budaya dan nilai yang baik yang menjadi role model kepada warga YADIM dan masyarakat. Di samping mempunyai kompetensi kepimpinan meliputi kemahiran interpersonal dalam membina hubungan, berkeupayaan mencari dana melalui kerjasama pintar, menyelesaikan masalah dan berani membuat keputusan, kreatif dan inovatif dalam merancang serta melaksanakan program-program dakwah. Selain itu, teras utama transformasi dalam pengurusan meliputi kompetensi tenaga kerja, tadbir urus yang berkesan, pembangunan media dakwah, kemahiran berkomunikasi dan dorongan motivasi kepada keseluruhan warga YADIM. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan pelaksanaan program YADIM melalui jalinan kolaborasi bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan NGO-NGO dengan rangkaian kerjasama dari sudut bantuan dana kewangan serta kerjasama dalam menjayakan program-program dakwah. Seterusnya, mendakwahkan masyarakat dan komuniti dengan menubuhkan Badan Khas yang terdiri daripada Majlis Dakwah Negara (MDN) Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), IKON Dakwah, Sahabat YADIM, Felo Dakwah, Sukarelawan Al-Falah dan lainlain untuk menyemarakkan kegiatan dakwah di negara ini. Metodologi dakwah diaplikasikan dengan pembangunan media masa kini seperti facebook, twitter, instragram, YADIMTV sebagai agen penjana dakwah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Keberkesanan program dan produk yang dilaksanakan oleh YADIM telah memberi impak positif kepada masyarakat. Ini kerana program-program utama dan bahan-bahan penerbitan YADIM telah menjadi trademark dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat. Kesimpulannya, agenda transformasi dakwah YADIM sebagai pemangkin kepada gerakan dakwah semasa melalui konsep amar ma'ruf nahi mungkar bagi memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam kepada masyarakat. Usaha ini merupakan suatu pembentukan bagi melestarikan masyarakat yang bertamadun untuk menuju ke arah masyarakat madani secara komprehensif di negara ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2017 20 - IR.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Daʻwah (Islam)
Subject: Communication - Religious aspects - Islam
Call Number: FEM 2017 20
Chairman Supervisor: Amini Amir Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 29 Aug 2019 02:20
Last Modified: 29 Aug 2019 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70434
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item