UPM Institutional Repository

Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah


Citation

Abdul Rahim, Haslina (2014) Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Berdasarkan sorotan litearatur mengenai kajian pemindahan latihan mendapati bahawa faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan pemindahan latihan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun akauntabiliti merupakan faktor yang masih belum dikaji secara meluas. Sedangkan faktor ini merupakan elemen penting yang merujuk kepada sifat kebertanggungjawaban guru untuk mengaplikasi apa yang dipelajari dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap ke sekolah. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru-guru siswazah sekolah rendah di Selangor. Teori dan model kajian ini berasaskan Teori Persamaan Elemen, Teori Pemindahan Kognitif, Teori Pembelajaran Dewasa, Teori Akauntabiliti (Schlenker, Britt, Pennington, Murphy dan Doherty, 1994) dan Model Pemindahan Latihan (Baldwin & Ford, 1988; Holton, 2000). Kajian ini merupakan kajian deskriptif korelasi dengan pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik terbahagi kepada enam bahagian iaitu maklumat latar belakang responden, pemindahan latihan, faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti. Sampel kajian terdiri daripada 197 orang guru sekolah rendah yang telah tamat mengikuti Program Pensiswazahan Guru daripada lima buah daerah di Selangor yang dipilih secara kaedah persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian adalah soal selidik yang telah dibina oleh beberapa orang pengkaji. Instrumen tahap pemindahan latihan diadaptasi daripada instrumen Thayer dan Teachout (1995), Mohamad (2003) dan Sakinah (2003) dengan kebolehpercayaan α = .922 (n = 25). Instrumen Learning Training System Inventori oleh Holton, Bates dan Ruona, (2000) dan instrumen yang dibina oleh Sakinah (2003) diadaptasi bagi mengukur faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan kebolehpercayaan α = .914, .928 dan .959 (n = 25). Instrumen untuk mengukur akauntabiliti diadaptasi daripada instrumen The 2010 FedView Survey dan instrumen yang dibina oleh Hochwarter, Kacmar dan Ferris (2003) dengan kebolehpercayaan α = .878, (n = 25). Frekuensi dan peratusan, min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi Berganda telah diguna pakai untuk menganalisis data-data tersebut. Dapatan deskriptif kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah sekolah rendah di Selangor adalah tinggi. Ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif masing-masing di antara pemindahan latihan guru dan faktor individu, diikuti oleh reka bentuk latihan, akauntabiliti dan persekitaran kerja. Berdasarkan ujian Regresi pula, dapatan kajian mendapati hanya faktor individu dan reka bentuk latihan mempengaruhi pemindahan latihan perguruan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya kedua-dua faktor yang mempengaruhi ini diberi penekanan dalam mereka bentuk latihan guru ke arah memastikan tahap pemindahan latihan adalah optimum.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2014 63 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Training of - Selangor (Malaysia)
Subject: Education - Study and teaching
Call Number: FPP 2014 63
Chairman Supervisor: Norhasni Zainal Abiddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 30 Oct 2019 07:32
Last Modified: 30 Oct 2019 07:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70404
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item