UPM Institutional Repository

Toleransi sosio-agama dalam kalangan belia di Kuching, Sarawak, Malaysia


Citation

Idris, Baharin (2017) Toleransi sosio-agama dalam kalangan belia di Kuching, Sarawak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan tahap toleransi sosio-agama dalam kalangan belia di Kuching, Sarawak. Kepelbagaian agama anutan telah menjadikan aspek toleransi amat penting dalam kehidupan harian. Toleransi boleh dilihat sebagai sikap untuk hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada penganut pelbagai agama, serta memiliki kebebasan untuk mengamalkan ritual agama masingmasing, tanpa adanya paksaan dan tekanan. Hubungan etnik di Malaysia merupakan satu perkara penting untuk dibahaskan. Hal ini kerana hubungan etnik tidak terlepas daripada elemen agama yang sememangnya dua-dua perkara tersebut mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Ia semakin kompleks apabila sesebuah negara tersebut mempunyai kepelbagaian etnik, budaya, agama dan latar belakang yang berbeza seperti Malaysia. Perbezaan budaya dan agama antara kumpulan sering hubungan etnik di Malaysia kerana banyak isu lapuk tidak diselesaikan secara perundangan. Isu hubungan etnik kebiasaannya hanya tertumpu kepada masyarakat Semenanjung Malaysia sahaja. Bagaimana senario hubungan etnik dan agama di bumi Borneo khususnya dalam kalangan belia Negeri Sarawak yang begitu rencam komposisi etniknya? Apakah toleransi sosio-agama di sana lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia? Justeru, objektif am kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap toleransi sosio-agama di Kuching. Kajian ini menggunapakai kaedah kuantitatif. Respondent kajian merupakan belia yang menetap di Kuching, Sarawak. Tahap toleransi agama diukur dengan menggunakan analisis deskriptif and ANOVA. Secara keseluruhannya tahap toleransi sosio-agama dalam kalangan responden ini berada pada tahap yang tinggi dan positif. Tahap toleransi diukur berpandukan enam domain utama, iaitu; sikap, persepsi, kesediaan, pendapat umum, tingkah laku dan pengalaman. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan mengenai toleransi agama dalam kalangan pelbagai etnik yang dikaji. Kesimpulannya, toleransi agama dalam kalangan pelbagai etnik di Kuching, Sarawak berada pada tahap yang cukup baik. Model ini boleh dicontohi dan diaplikasi di Semenanjung Malaysia untuk mencapai perpaduan nasional secara menyeluruh.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2017 3 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Ethnic relations - Religious aspects
Subject: Religion and sociology - Sarawak, Malaysia
Subject: Youth - Religious life
Call Number: FEM 2017 3
Chairman Supervisor: Ahmad Tarmizi Talib, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 29 Aug 2019 02:02
Last Modified: 29 Aug 2019 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70332
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item