Citation
Daud, Zunaidah
(2014)
Kata nasihat dan pengajaran dalam antologi gurindam karya Mas Adeki dari sudut pengkaedahan Melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis kata nasihat dan pengajaran dalam antologi gurindam Mas Adeki.Gurindam yang dikaji terdiri daripada dua antologi iaitu Seuntai Kasih Secebis Harapan , terbit dalam tahun 2005, sebanyak 40 tajuk dan Lautan Kasih Berpantai Sayang, terbit dalam tahun 2009 sebanyak 37 tajuk. Jumlah semua adalah sebanyak 77 tajuk, namun hanya 53 tajuk yang dominan dianalisis. Pengkaji akan analisis dengan menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 iaitu merangkumi Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Pengkaji menggunakan kesemua Pendekatan Alamiah iaitu Pendekatan Moral, Pendekatan Gunaan serta Pendekatan Firasat dan tiga pendekatan dikemukakan dalam Pengkaedahan Keagamaan iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Pernyataan masalah jelas menunjukkan bahawa manusia memerlukan kata nasihat dan pengajaran dalam menjalani kehidupan seharian mereka, terdapat segelintir khalayak masyarakat yang lalai dalam mengingati Allah SWT, leka dengan keseronokan dunia. Bermula dari gejala inilah pengkarya menerapkan kata nasihat dan pengajaran melalui gurindam untuk menyedarkan golongan tersebut. Objektif kajian adalah mengenalpasti kata nasihat dan pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua antologi gurindam karya Mas Adeki, kedua menganalisis kata nasihat dan pengajaran dari sudut teoriPengkaedahan Melayu. Dapatan kajian terhadap gurindam ini menunjukkan penemuan kata nasihat dan pengajaran dari empat aspek iaitu pertama kata nasihat dan pengajaran dari aspek pendidikan, kedua dari aspek keagamaan, ketiga dari aspek pekerjaan / kerjaya dan yang keempat dari aspek kemasyarakatan. Kata nasihatdan pengajaran yang diutarakanoleh Mas Adeki dalam gurindamnya bertepatan dengan teori Pengkaedahan Melayu. Namun begitu aspek keagamaan lebih releven ditemui dalam antologi gurindam beliau.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |