Citation
Sardar Mohamed, Saheera
(2014)
Hubungkait ketagihan Facebook dan Twitter dengan kemahiran sosial remaja.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penggunaan laman sosial Facebook dan Twitter semakin meluas sehinggakan ada
beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja
sekolah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan ketagihan laman
sosial dengan kemahiran sosial remaja dalam kalangan pelajar Universiti Multimedia,
Cyberjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui pola penggunaan laman sosial,
tahap ketagihan, tahap kemahiran sosial dan hubungannya dengan golongan remaja.
Satu set soal selidik yang merangkumi empat bahagian digunakan sebagai instrumen
kajian. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan melibatkan 300 orang remaja
dari Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS (Ver.18) dengan prosedur
statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan juga prosedur
statistik inferensi iaitu ujian kolerasi. Di samping itu, beberapa ujian statistik seperti
ujian-t, dan korelasi Pearson untuk mengenal pasti pola penggunaan laman sosial, tahap
ketagihan dan hubungan dengan kemahiran sosial remaja. Secara keseluruhannya, tahap
ketagihan penggunaan laman sosial bagi remaja adalah sederhana ke tinggi. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap ketagihan
Facebook dan Twitter dengan kemahiran sosial remaja di rumah, di univeristi, dalam
masyarakat dan juga korelasi positif antara pola penggunaan dengan tahap ketagihan
laman sosial. Hubungan yang positif ini wujud kerana adanya penggunaan Facebook dan
Twitter untuk tujuan membina kemahiran interaksi dan seterusnya kemahiran sosial
remaja.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |