UPM Institutional Repository

Forum televisyen dari sudut etnografi komunikasi


Citation

Mashudi, Rohaidah (2014) Forum televisyen dari sudut etnografi komunikasi. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Forum televisyen merupakan suatu peristiwa bahasa. Ini kerana adanya kegiatan bahasa yang menonjolkan penggunaan bahasa. Ujaran daripada setiap pemeran menzahirkan tautan dan jalinan yang wujud antara setiap komponen peristiwa bahasa. Pola komunikasi dalam forum televisyen yang merupakan suatu perbincangan yang interaktif amat menarik untuk diteliti sebagai keteraturan dalam hubungan dua hala. Malah pola komunikasi melalui ujaran yang berterusan dapat melihat keupayaan pemeran dalam peristiwa bahasa ini menghasilkan ungkapan yang tepat dalam perbincangan tersebut. Kajian ini memberi penelitian terhadap peristiwa bahasa forum televisyen berdasarkan Teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1986). Melalui teori ini, data daripada 14 teks forum televisyen di analisis secara deskriptif sebagai memastikan objektif kajian dapat dicapai iaitu untuk mengenal pasti komponen etnografi komunikasi dalam forum televisyen, untuk menganalisis komponen SPEAKING dalam forum televisyen berdasarkan teori Hymes (1986), untuk menghuraikan grid pertuturan dalam forum televisyen dan untuk menginterpretasikan pola komunikasi mengikut konteks latar budaya komuniti bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menjelaskan Teori Etnografi Komunikasi mampu menunjukkan bahawa pola komunikasi yang berlaku dalam peristiwa bahasa forum televisyen ini mempunyai hubung kait dengan perilaku dan budaya penutur dalam membuat interpretasi setiap ujaran. Malah berdasarkan interpretasi ujaran setiap pemeran, turut mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam peristiwa bahasa ini menitikberatkan aspek makna dan fungsi bahasa yang dilihat dalam penggunaannya menurut situasi dan konteks. Keberkesanan interpretasi makna ujaran dalam komunikasi antara pemeran amat bergantung pada konteks. Namun, penekanan konteks sahaja tanpa mempertimbangkan budaya komuniti tersebut hanya akan menimbulkan ketaksaan dalam penyampaian mesej. Oleh yang sedemikian, bidang ini dapat menghuraikan keunikan pola komunikasi yang terpapar dalam forum televisyen iaitu melalui ujaran pemeran dengan memberi tumpuan kepada interpretasi ujaran berdasarkan latar budaya komuniti ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 62 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Communication in ethnology
Subject: Ethnology
Call Number: FBMK 2014 62
Chairman Supervisor: Ahmad Mahmood Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 06:58
Last Modified: 31 Oct 2019 06:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70083
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item