Citation
Zulfadinamis, Nurulhayati
(2014)
Jenis dan bentuk binaan ayat dalam penulisan rencana dari sudut wacana.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti jenis dan bentuk binaan ayat dalam
rencana akhbar Kosmo dan Harian Metro, menghuraikan bentuk dan struktur binaan
ayat tersebut, dan menganalisis tetenunan (cohesion) dan keteraturan fikiran
(coherent) dari aspek binaan ayat berdasarkan pendekatan wacana serta Model
Tetenunan Halliday untuk mengetahui hubungan unsur linguistik tersebut dengan
makna teks rencana. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan
dan analisis kandungan sebagai teknik pengumpulan data. Dapatan kajian dianalisis
dengan pengaplikasian teori fungsional sistemik oleh Halliday serta pendekatan
wacana. Bentuk binaan ayat dalam teks rencana merincikan binaan ayat kepada dua
unsur, iaitu gatra dan makna fungsional dengan mengambil bentuk binaan Subjek-
Predikat-Objek-Adjung.
Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat empat jenis binaan ayat daripada rencana
yang telah dikenal pasti, iaitu ayat majmuk komplemen bahawa dengan kata hubung
ayat kerana, ayat majmuk dengan kata hubung dan, ayat majmuk pancangan relatif
yang dan ayat majmuk campuran. Walaupun berbeza dari segi bentuk ayat, setiap
teks tersebut memiliki persamaan dari segi kesepaduan dan kebermaknaan dalam
bentuk penyampaian mesej mengikut topik yang dikupas penulis rencana Kosmo dan
Harian Metro. Bentuk binaan ayat (S-P-O), (S-P-O-A), (P-S-O-Ket) merupakan
usaha penulis memvariasikan gaya penulisan rencana. Hal ini tidak mempengaruhi
makna dan penyampaian mesej sekiranya terdapat jalinan ayat yang
berkesinambungan, berangkai dan berjalinan. Hasil kajian ini juga memperlihatkan
adanya hubungan kebermaknaan dan kesepaduan ayat dari aspek tetenunan dan
keteraturan fikiran dalam teks rencana sebagai wacana penulisan rencana yang utuh.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |