UPM Institutional Repository

Intelektualisme dalam lima novel Anwar Ridhwan dari sudut persuratan baru


Citation

Abu Bakar, Nur Fatiha Fadila (2014) Intelektualisme dalam lima novel Anwar Ridhwan dari sudut persuratan baru. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mengenal pasti beberapa kecenderungan penting yang mengiringi resepsi kritis terhadap karya-karya Anwar Ridhwan. Ini merujuk kepada kecenderungan yang jelas dalam kalangan sarjana dan pengkritik sastera yang memperakukan adanya nilai-nilai intelektualisme dalam novel-novel Anwar Ridhwan. Perakuan ini seiring dengan kenyataan Anwar Ridhwan sendiri yang memang mengakui pentingnya intelektualisme dalam karya sastera termasuklah dalam karya-karya hasil nukilan beliau. Sorotan ini turut mengenal pasti kecenderungan dalam kalangan beberapa sarjana dan pengkritik sastera yang secara jelas meragui dan mempertikaikan dakwaan tentang adanya nilai-nilai intelektualisme dalam karyakarya Anwar Ridhwan. Adalah jelas daripada sorotan literatur ini bahawa dalam soal intelektualisme dalam karya-karya Anwar Ridhwan, wujud percanggahan pendapat yang memperlihatkan tiadanya kata sepakat dan kesimpulan yang jitu. Dalam konteks ini, tesis ini memproblematikkan soal percanggahan pendapat dengan memberikan fokus terhadap soal intelektualisme dalam novel-novel Anwar Ridhwan. Untuk itu, tesis ini distrukturkan bagi mencapai dua objektif penting. Pertama, menganalisis isian wacana dan isian cerita novel-novel Anwar Ridhwan. Kedua, merumuskan soal intelektualisme dalam novel-novel Anwar Ridhwan. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, tesis ini memilih untuk menerapkan gagasan Persuratan Baru (seterusnya PB) cetusan Mohd. Affandi Hassan, sebagai kerangka analisis. Pemilihan ini didasarkan kepada prinsip penting PB yang memberikan keutamaan terhadap aspek ilmu termasuklah intelektualisme dalam penghasilan dan penghayatan karya sastera. Tesis ini menjadikan lima novel Anwar Ridhwan sebagai bahan kajian. Novel-novel ini dipilih berdasarkan kepada resepsi kritis yang cenderung memperagakan novelnovel ini sebagai novel yang membawakan nilai intelektualisme. Dengan menerapkan PB, analisis ini mendapati novel-novel yang dikaji menyerlahkan kecenderungan yang ketara dalam memanipulasi aspek cerita dan menggembleng sepenuhnya alat-alat penceritaan. Penggemblengan ini didapati telah meminggirkan aspek ilmu temasuklah intelektualisme yang menjadi fokus kajian. Tesis ini menyimpulkan apa yang didakwa oleh sarjana dan pengkritik sastera sebagai intelektualisme itu pada hakikatnya merujuk kepada manifestasi cerita, dan bukannya pemikiran yang dijana melalui pembinaan wacana intelektual.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 58 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Anwar Ridhwan, 1949-.
Subject: Malay fiction - History and criticism
Subject: Malay literature - History and criticism
Call Number: FBMK 2014 58
Chairman Supervisor: Mohd. Zariat Abdul Rani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:10
Last Modified: 31 Oct 2019 07:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70079
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item