Citation
Abdul Hamid, Abdul Azim
(2017)
Pengaruh nahu basrah dan nahu kufah terhadap makna dan terjemahan Syawâhid Qur’âniyyah dalam Kitab Al-Inṣâf.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Al-Qur’an merupakan sumber kajian dalam ilmu nahu Arab. Ulama nahu Arab sama ada Basrah atau Kufah mencari ayat-ayat daripada al-Qur’an sebagai hujah nahu mereka. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan menganalisis pengaruh nahu Basrah dan Kufah terhadap terjemahan sumber al-Qur’an, iaitu syawāhid Qur’āniyyah dalam kitab al-Inṣāf. Dengan berpandukan kesemua masalah nahu yang terdapat dalam kitab ini, kesemua syawāhid Qur’āniyyah dianalisis bagi melihat kedudukannya dari sudut makna sama ada mengubah kedudukan makna atau tidak. Tumpuan kajian diberikan terhadap syawāhid Qur’āniyyah yang mengubah kedudukan makna bagi menilai bentuk perbezaan yang terhasil daripada terjemahan petikan ayat al-Qur’an tersebut, mengikut pendapat nahu Basrah dan Kufah. Berpaksikan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis dokumen, kajian ini cuba mencapai objektif utama kajian untuk melihat sejauh mana pengaruh perselisihan nahu Basrah dan Kufah terhadap penterjemahan syawāhid Qur’āniyyah ke bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, tiga terjemahan daripada tiga bahasa yang berbeza digunakan sebagai bahan analisis, iaitu Tafsir Pimpinan al-Rahman (TPAR) bagi bahasa Malaysia, al-Qur’an dan Terjemahannya ke dalam Bahasa Indonesia (AQTBI) bagi bahasa Indonesia dan The Holy Qur’an (THQ) bagi bahasa Inggeris. Hasil kajian mendapati, daripada 41 masalah yang mempunyai syawāhid Qur’āniyyah, hanya 18 masalah sahaja yang mengubah makna. Manakala 23 masalah lagi tidak mengubah makna. Sebanyak 40 syawāhid Qur’āniyyah dikumpulkan daripada masalah yang mengubah makna. Hasil analisis terhadap tiga al-Qur’an terjemahan mendapati wujudnya kesamaan terjemahan mengikut pendapat nahu Basrah dan Kufah dengan jumlah terjemahan mengikut kaedah Basrah lebih banyak, iaitu 79 (66%) kali terjemahan berbanding Kufah dengan 40 (34%) kali terjemahan. Semoga hasil daripada kajian ini dapat memberi sumbangan dalam bidang terjemahan al-Qur’an bagi memantapkan lagi proses terjemahan al-Qur’an di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |