UPM Institutional Repository

Pelestarian bahasa suku kaum Jahut dari aspek fonologi dan leksikal


Citation

Md Adam, Nur Faaizah (2014) Pelestarian bahasa suku kaum Jahut dari aspek fonologi dan leksikal. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Suku kaum Jahut tergolong dalam suku masyarakat orang Asli Senoi. Kelompok Senoi merupakan kelompok orang Asli yang terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Sejumlah 4 717 orang terdapat di Pahang, khususnya di daerah Temerloh. Sebilangan kecil terdapat di Perak dan Selangor. Kajian ini dilakukan kerana bilangan penutur Jahut yang kecil ini menimbulkan kebimbangan daripada sudut bahasa memandangkan wujudnya proses dominasi bahasa utama, khususnya bahasa Melayu. Jika usaha pendokumentasian dan pelestarian ini tidak dilakukan dengan segera berkemungkinan bahasa ini akan pupus seterusnya memusnahkankan budaya masyarakat Jahut. Kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek bahasa Jahut yang dituturkan di Kampung Pian, Kuala Krau Pahang. Informan terdiri daripada penutur natif suku kaum masing-masing. Objektif utama bagi kajian ini ialah menghuraikan aspek fonologi dan leksikal bahasa suku kaum Jahut manakala objektif kedua ialah menjelaskan kelestarian bahasa Jahut dalam komunikasi. Objektif ketiga pula menilai status bahasa Jahut berdasarkan sikap penggunanya. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori tipologi keterancaman bahasa. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui teknik pemerhatian, teknik rakaman, teknik temu bual, soal selidik, teknik bercerita dan teknik lafaz. Seramai 80 orang responden daripada orang asli Jahut telah dipilih untuk mengumpul data berkenaan sikap dan pemilihan bahasa Jahut. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa bahasa Jahut di Kampung Pian, Kuala Krau Pahang ini tidak akan pupus dalam waktu terdekat. Pemilihan bahasa melalui mandala kekeluargaan dan kemasyarakatan menunjukkan masyarakat Jahut masih melestarikan bahasa ibunda mereka dengan baik. Golongan tua dan dewasa dilihat masih lagi boleh bertahan dan mewariskan bahasa ibunda mereka kepada golongan muda. Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa golongan muda tidak berasa malu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Semua kelompok umur juga telah menunjukkan sikap yang positif terhadap bahasa ibunda mereka dan menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan harian mereka. Sikap positif terhadap bahasa ibunda menyebabkan mereka berasa bangga menjadi orang Jahut dan tidak berasa rendah diri apabila bertutur dalam bahasa Jahut.


Download File

[img] Text
FBMK 2014 57 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Lexical grammar
Subject: Grammar, Comparative and general - Phonology
Subject: Lexical phonology
Call Number: FBMK 2014 57
Chairman Supervisor: Mohd Sharifudin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 18 Nov 2020 00:56
Last Modified: 18 Nov 2020 00:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70075
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item