UPM Institutional Repository

Nilai pendidikan dalam Kisah 25 Rasul untuk mendidik kanak-kanak berdasarkan pendekatan Islam


Citation

Mohd Saali, Mior Muhammad Saiful Nizan (2014) Nilai pendidikan dalam Kisah 25 Rasul untuk mendidik kanak-kanak berdasarkan pendekatan Islam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kesusasteraan kanak-kanak yang membicarakan tentang Nilai Pendidikan Dalam Kisah 25 Rasul Untuk Mendidik Kanak-Kanak Berdasarkan Pendekatan Islam. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif utama iaitu pertama, mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul Untuk kanak-kanak. Kedua, mengkategorikan nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul untuk kanak-kanak berdasarkan pendekatan Islam. Bagi untuk mencapai objektif kajian, Pendekatan pendidikan kanak-kanak dalam Islam yang dikemukan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan (1996) digunakan. Melalui pendekatan ini, nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik dianalisis daripada tujuh aspek iaitu i. Pendidikan iman, ii. Pendidikan akhlak, iii. Pendidikan fizikal, iv. Pendidikan intelektual, v. Pendidikan psikologi, vi. Pendidikan sosial dan vii. Pendidikan seksual. Dapatan kajian mendapati Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik menepati pendekatan yang digunakan kerana mengandungi tujuh nilai-nilai pendidikan yang digariskan dalam pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Kesimpulannya, kisah ini sesuai digunakan sebagai satu wadah penyampaian yang berkesan kepada kanak-kanak terutamanya dalam mendidik mereka ke arah memahami nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan berlandaskan acuan Islam.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 53 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islamic stories
Subject: Prophets in the Qurʼan
Call Number: FBMK 2014 53
Chairman Supervisor: Nik Rafidah Binti Nik Muhamad Affendi, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:26
Last Modified: 31 Oct 2019 07:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70065
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item