UPM Institutional Repository

Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad


Citation

Khalid, Khaliza (2014) Unsur-unsur kerohanian dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini merupakan analisis unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad iaitu Kumpulan Puisi At-Tariq (2000), As-Salam (2006), Asyik (2006), Nafas-nafas Nurani (2007) dan Taman Takwa (2009). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti unsur-unsur kerohanian dalam kumpulan puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dipilih dan merumuskan unsur-unsur kerohanian dalam puisipuisi Suhaimi Haji Muhammad. Bagi menganalisis unsur-unsur kerohanian ini pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah keperpustakaan, kaedah analisis teks atau analisis kandungan serta pengaplikasian teori iaitu teori Takmilah yang diasaskan oleh Shafie Abu Bakar. Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan berkaitan unsur-unsur kerohanian yang merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam penghasilan karya puisi. Suhaimi Haji Muhammad sentiasa berusaha untuk menghasilkan puisi yang dapat memberi kesedaran serta melahirkan nilai-nilai positif dan sifat-sifat terpuji seperti benar, baik, bersyukur, tidak takbur serta bertakwa kepada Allah SWT. Kajian ini menggunakan teori Takmilah sebagai kerangka kajian. Berdasarkan penelitian dan analisis, didapati kesemua 7 prinsip teori berkenaan iaitu ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil adalah ditemui dalam puisi-puisi yang dikaji. Unsur-unsur kerohanian yang ditemui melalui analisis adalah seperti persoalan tentang hubungan kerohanian dengan akidah, muhasabah diri, mujahadah al-nafs, maqam-maqam kerohanian seperti makrifatullah, taubat, zuhud, sabar, takwa, tawakkal, redha, syukur serta amar ma’ruf nahi mungkar dan insan al-Kamil. Hasil kajian mendapati dalam kelima-lima Kumpulan Puisi Suhaimi Haji Muhammad yang dikaji kebanyakannya mengutarakan unsur-unsur kerohanian dan sesuai dengan pengaplikasian teori Takmilah. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah dalam kumpulan puisi yang dikaji membuktikan kumpulan puisi karya Suhaimi Haji Muhammad ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan dalam hasil karya sastera Islam yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh khalayak sastera Melayu-Islam, sama ada di Malaysia mahupun di dunia berbahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 51 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry
Call Number: FBMK 2014 51
Chairman Supervisor: Profesor Madya Hajah Samsina binti Hj. Abd. Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:33
Last Modified: 31 Oct 2019 07:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item