Citation
Osman, Juwairiah
(2014)
Konsep kehormatan orang Melayu dalam drama Tersasar Di Jalan-Mu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Konsep kehormatan merupakan satu konsep keinsafan berakhlak yang berkait rapat dengan harga diri dan maruah. Ia merangkumi tutur kata dan tingkah laku secara keseluruhannya. Konsep kehormatan yang akan dibincangkan dalam kajian ini adalah berlandaskan kepada Islam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti babak yang mengandungi konsep kehormatan orang Melayu, menghuraikan babak terpilih dengan menggunakan Kerangka Konsep Muriel Saville-Troike (1991) dan seterusnya, merumus jenis kehormatan berdasarkan Kerangka Konsep Ali Jarishah (1990). Jenis kehormatan ini terbahagi kepada tujuh, iaitu darah, harta benda, maruah, perpecahan, kezaliman, wanita dan amanah. Data diperolehi daripada drama Tersasar Di Jalan-Mu yang merupakan hasil karya dan arahan Erma Fatima. Drama ini telah dinobatkan sebagai drama terbaik dalam majlis Anugerah Skrin TV3 pada tahun 2009 dan merangkul beberapa anugerah lain dari aspek lakonan, videografi dan pengarahan. Drama bergenre realiti ini mempunyai kekuatan naratif dan sarat dengan nilai moral, konflik sosial, isu kekeluargaan dan kemasyarakatan. Secara keseluruhan, kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengupas konsep kehormatan secara kritis. Kajian mendapati terdapat 21 babak daripada 61 babak yang mengandungi konsep kehormatan. Kehormatan jenis maruah adalah paling tinggi manakala kehormatan jenis perpecahan adalah paling rendah. Hal ini disebabkan perkara-perkara yang terkandung dalam ‘maruah’ mencakupi sebahagian besar daripada cara hidup dan budaya orang Melayu itu sendiri. Hasil kajian menjelaskan kehormatan bukanlah semata-mata maruah, tetapi satu nilai yang mempunyai maksud yang luas dan perlu dihayati dengan sebaik-baiknya oleh semua orang Melayu yang beragama Islam. Justeru, konsep kehormatan berlandaskan Islam perlu menjadi pegangan orang Melayu dalam usaha melahirkan bangsa yang bertamadun tinggi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |