UPM Institutional Repository

Kosa kata Al-Rabb dan perkaitan maknanya dengan ilmu akidah dan konsep ketuhanan dalam Surah Al-Baqarah


Citation

Mohd Noor, Awang Hat (2014) Kosa kata Al-Rabb dan perkaitan maknanya dengan ilmu akidah dan konsep ketuhanan dalam Surah Al-Baqarah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membincangkan analisis makna al-Rabb dalam surah al-Baqarah. Kajian ini penting dilakukan untuk menambah pengetahuan dalam bidang semantik dan ilmu akidah secara amnya dan secara khususnya memberi gambaran yang jelas kepada pengkaji tentang makna kosa kata al-Rabb dalam surah al-Baqarah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan di antara ilmu semantik dengan ilmu aqidah dan konsep ketuhanan yang terdapat dalam surah al-Baqarah melalui kajian analisis kosa kata makna al-Rabb. Pengkaji menggunakan kaedah berbentuk deskriptif dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian korpus. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat sebanyak 50 kosa kata al-Rabb dalam surah al-Baqarah dan terdapat lima makna yang berlainan bagi kosa kata al-Rabb, iaitu memelihara dan menjamin atau memenuhi keinginan yang dipelihara, membimbing serta mengawasi di samping memperbaiki dalam segala hal, tuan besar, majikan dan pemimpin, ketua yang diakui kekuasaannya dan raja atau pemilik. Hasil kajian memberikan implikasi kepada pengamal bahasa Arab secara khususnya dan kepada pelbagai lapisan masyarakat secara umumnya.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 44 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Qurʼan - Theology
Subject: Qurʼan - Translating
Call Number: FBMK 2014 44
Chairman Supervisor: Prof. Madya Muhammad Fauzi Bin Jumingan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:54
Last Modified: 31 Oct 2019 07:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70028
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item