UPM Institutional Repository

Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pelbagai lokasi


Citation

Said, Rozita @ Radhiah and Jamian, Abdul Rasid (2012) Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pelbagai lokasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 27. pp. 51-68. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Amalan pengajaran karangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di dalam bilik darjah yang difokuskan di dalam kajian ini bermaksud, apa-apa sahaja bentuk komunikasi lisan yang berkaitan dengan cara atau sistem mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian dan maklum balas. Pengkaji mendapati tahap penguasaan penulisan karangan pada peringkat sekolah menengah hari ini masih memerlukan pemantauan berkala yang tekal. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, "satu kes pelbagai lokasi", iaitu menyelidik hakikat permasalahan pengajaran karangan dalam konteks keadaan sebenar. Maklumat kajian diperoleh menerusi kaedah rakaman video, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan. Seramai lima orang Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan purposif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran penulisan karangan masih mengekalkan pendekatan tradisional iaitu guru memberikan segala perincian pelajaran kepada murid dan pengajaran berpusatkan guru masih mendominasi proses pengajaran karangan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa kekangan dan masalah yang nyata. Justeru, adalah dicadangkan supaya dalam usaha untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat sistem pendidikan bahasa, aspek pedagogi guru haruslah diberi penekanan sepenuhnya bagi memastikan amalan pengajaran guru dapat menzahirkan apa-apa yang telah digariskan sebagai matlamat pendidikan bahasa. Kajian mencadangkan supaya setiap guru seharusnya bertindak sebagai pengkaji yang sentiasa menyelidik perkaitan antara pengajaran dengan perkembangan penulisan murid di dalam bilik darjah masing-masing. Amalan pengajaran karangan yang berkualiti di dalam bilik darjah mampu melahirkan karya-karya penulisan yang segar dari kaca mata generasi muda demi memperkaya khazanah ilmu bangsa dan dunia.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah kajian satu kes pelbagai lokasi.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://apjee.usm.my/vol27_2012.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Teaching writing; Teachers; Classroom; Malay language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jul 2019 07:25
Last Modified: 08 Jul 2019 07:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69814
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item