UPM Institutional Repository

Keberkesanan modul multimedia kimia organik: mekanisme tindak balas SN1 dan SN2


Citation

Syed Abdul Azziz, Saripah Salbiah and Ahmad Suhairun, Asmahani and Siais, Salihan and Talib, Othman and Mohamed Zain, Nor Zuhaidah and Tengku Shariman, Tengku Putri Norishah and Mohd Tajudin, Nor'ain and Bakar, Nurul Aini and Jusoff, Kamaruzaman (2013) Keberkesanan modul multimedia kimia organik: mekanisme tindak balas SN1 dan SN2. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28. pp. 53-68. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pos ini bertujuan untuk menentukan kesan kaedah pengajaran menggunakan Modul Multimedia Kimia Interaktif (Interactive Multimedia Chemistry Module, IMCM) bagi tajuk Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2 terhadap pencapaian pelajar. Modul ini merupakan bahan pembelajaran beranimasi secara interaktif bagi membantu guru menvisualkan mekanisme organik dan stereokimia tindak balas penukargantian nukleofilik dalam pengajaran. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan berjumlah 74 orang pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Pengenalan Kimia II (TKU1023) bagi Semester 1 sesi 2009/2010. Kumpulan eksperimen mengikuti kuliah dengan bantuan modul IMCM sementara kumpulan kawalan mengikuti kaedah konvensional iaitu kaedah syarahan menggunakan papan putih dan video imager. Analisis ANCOVA (F(1, 72) = 48.6, p < 0.05, eta-squared= 0.41) memberi petunjuk bahawa kaedah pengajaran menggunakan modul IMCM meningkatkan pencapaian pelajar dalam mempelajari tajuk Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2, jika dibandingkan dengan kumpulan kaedah pengajaran konvensional. Soal selidik telah ditadbirkan ke atas 92 pelajar yang mengambil kursus kimia, 55 orang pelajar yang mengambil kursus Kimia Organik (TKO2013) dan 37 pelajar yang mengikuti kursus Pengenalan Kimia II (TKU1023) menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap kesesuaian modul IMCM untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2. Dapatan kajian mendapati penggunaan modul IMCM memberi implikasi positif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek kimia organik. Seterusnya cadangan penambahbaikan terhadap aspek teknikal serta memperluaskan pembangunan modul seperti ini kepada topik-topik lain dalam kimia organik.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Keberkesanan modul multimedia kimia organik mekanisme tindak balas SN1 dan SN2.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://apjee.usm.my/vol28_2013.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Forestry
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Teaching; Interactive multimedia chemistry module (IMCM); Chemistry education; Quasi experimental
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jul 2019 07:24
Last Modified: 08 Jul 2019 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69798
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item