UPM Institutional Repository

Penggunaan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab pada kalangan pelajar cemerlang


Citation

Ismail, Mohd Zaki and Abu Bakar, Kaseh and Nik Mustapha, Nik Farhan and Mohmad Rouyan, Nurazan (2016) Penggunaan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab pada kalangan pelajar cemerlang. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31. pp. 47-68. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Ia bertujuan untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar cemerlang ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai sembilanpelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang, temu bual dan pemerhatian dianalisis secara manual untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab, namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Penggunaan strategi yang terhad dan dilaksanakan secara mendatar menuntut guru bahasa Arab untuk mengajarkan kepada para pelajar strategi pembelajaran kosa kata yang lebih efektif. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab pada kalangan pelajar cemerlang.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://apjee.usm.my/vol31_2016.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.21315/apjee2016.31.4
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Vocabulary learning strategies; Arabic affixes; Arabic language; Excellent student
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jul 2019 07:24
Last Modified: 08 Jul 2019 07:24
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.21315/apjee2016.31.4
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69790
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item