UPM Institutional Repository

Tahap kemahiran dan kecenderungan pemikiran kritis murid tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di negeri Kedah dan hubungannya


Citation

Mohd Rosdi, Mohd Fadzil and Abdul Kadir, Suhaida and Nazri, Mohd Ibrahim (2017) Tahap kemahiran dan kecenderungan pemikiran kritis murid tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di negeri Kedah dan hubungannya. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 32. pp. 45-60. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Penyelidikan ini menilai tahap kemahiran pemikiran kritis dan tahap kecenderungan pemikiran kritis dalam kalangan murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah dan melihat hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Dimensi-dimensi kemahiran pemikiran kritis yang dianalisis dalam kajian ini ialah 1) Induksi; 2) Deduksi; 3) Kredibiliti Peryataan; dan 4) Mengenal Pasti Andaian manakala bagi tahap kecenderungan pemikiran kritis murid pula meliputi aspek inoviasi, kematangan kognitif dan juga penglibatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pemikiran kritis Cornell (Cornell Critical Thinking Test) bagi menilai tahap pemikiran kritis dan bagi mengukur tahap kecenderungan pemikiran kritis menggunakan instrumen University of Florida – Engagement, Maturity and Innovativeness (UF/EMI). Kedua-dua instrument ini diadaptasikan ke dalam bahasa Melayu dan diberi pengujian secara rawak kepada 370 orang murid. Analisis data menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Manakala statistik inferensi juga digunakan untuk menganalisis data iaitu Korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pemikiran kritis murid tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di negeri Kedah berada pada tahap lemah. Manakala tahap kecenderungan pemikiran kritis berada pada tahap kuat dan hubungan antara kemahiran pemikiran kritis dengan kecenderungan pemikiran kritis pula menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara kedua-dua pembolehubah.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Tahap kemahiran dan kecenderungan pemikiran kritis murid tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di negeri Kedah dan hubungannya.pdf

Download (50kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://apjee.usm.my/vol32_2017.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.21315/apjee2017.32.4
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Critical thinking skills; Critical thinking disposition; Integrated living skills subject; CCTT-X; Relationship
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jul 2019 07:24
Last Modified: 08 Jul 2019 07:24
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.21315/apjee2017.32.4
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69785
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item