UPM Institutional Repository

Perbandingan penguasaan leksikal budaya bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina


Citation

Koh, Su Fan (2018) Perbandingan penguasaan leksikal budaya bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penggunaan leksikal budaya merupakan salah satu cara untuk mengenali budaya sesuatu etnik. Hal ini kerana leksikal budaya mengandungi maksud yang tersendiri bagi budaya etnik tertentu tetapi membawa maksud yang berlainan bagi etnik yang berlainan. Ekoran daripada hal ini, timbul kekeliruan pemahaman kepelbagaian budaya disebabkan budaya yang berlainan ini. Keadaan ini boleh menimbulkan salah faham antara etnik yang berlainan. Untuk mengenal pasti penggunaan leksikal budaya serta pemahaman maksud leksikal budaya, kajian perbandingan penguasaan leksikal budaya bahasa Cina dan leksikal budaya bahasa Melayu telah dijalankan di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif , iaitu a) mengenal pasti leksikal budaya yang terdapat dalam penulisan karangan, b) menganalisis leksikal budaya bahasa Cina dan leksikal budaya bahasa Melayu yang dominan dalam penulisan karangan. Seramai 30 orang murid Cina Tahun Lima sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Data leksikal budaya dikumpul dengan melibatkan penulisan dua buah karangan bahasa Cina dan dua buah karangan bahasa Melayu serta temu bual. Hasil data dianalisis dengan pengiraan bilangan dan peratusan leksikal budaya dalam penulisan. Lima kategori budaya yang terkandung dalam Teori Newmark (1988) telah diadaptasikan untuk menganalisis data kajian, iaitu a) ekologi, b) budaya material, c) budaya sosial, d) adat resam, aktiviti, agama, kesenian dan konsep, e) gerak-laku dan tabiat. Data kajian telah menunjukkan murid Cina dapat menguasai leksikal budaya bahasa Cina di bawah kategori adat resam, aktiviti, agama, kesenian dan konsep (38.89%). Kategori konsep mencakupi 59.1% merupakan leksikal budaya yang paling tinggi dikuasai oleh murid-murid Cina. Konsep tersebut ialah panggilan saudara-mara. Hal ini menunjukkan etnik Cina amat mementingkan hubungan sosial antara saudara mara. Untuk leksikal budaya bahasa Melayu pula, murid Cina dapat menguasai leksikal budaya bahasa Melayu di bawah kategori budaya material (60.49%). Kategori makanan mencakupi 73.3% daripada semua sub kategori material. Murid-murid Cina paling familiar dengan nama kuih-muih dan masakan Melayu. Memandangkan semakin banyak leksikal budaya dapat dikuasai, semakin tinggi pemahaman terhadap budaya tertentu. Penguasaan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad pada buku teks atau bilik darjah, tetapi perlu ditambahkan lagi dengan pembelajaran dalam kehidupan harian. Justeru itu, leksikal budaya dapat membantu murid-murid untuk meluaskan perspektif terhadap kepelbagaian budaya, kepercayaan dan pengetahuan di dunia. Perpaduan antara pelbagai etnik dapat dipupuk setelah mencapai pemahaman budaya. Murid-murid akan mempunyai apresiasi dan toleransi antara satu sama lain serta menghargai budaya masing-masing.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2018 24 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Proverbs, Chinese - History and criticism
Subject: Proverbs, Malay - History and criticism
Call Number: FBMK 2018 24
Chairman Supervisor: Prof. Madya Ang Lay Hoon, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Nov 2019 02:21
Last Modified: 11 Nov 2019 02:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69521
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item