UPM Institutional Repository

Domain dan indikator literasi undang–undang pengguna di Malaysia


Citation

Samsudin, Norhafifah (2016) Domain dan indikator literasi undang–undang pengguna di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Literasi terhadap undang-undang merupakan satu komponen penting dalam mendayaupayakan pengguna.Namun,tiada pengukuran untuk menentukan literasi undang-undang pengguna. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti domain dan indikator literasi undang-undang di Malaysia dan seterusnya membentuk profil pengguna di Malaysia.Kajian ini melibatkan kutipan data secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif adalah secara kajian kumpulan berfokus yang terdiri daripada tiga siri dalam kalangan pembuat polisi,ahli akademik, pegawai daripada kementerian yang berkaitan, persatuan pengguna dan pengguna biasa.Hasil analisis yang dibuat secara tematik digunakan untuk membentuk soal selidik yang digunakan dalam kajian lapangan. Seramai 500 responden telah terlibat dalam kaji soal selidik ini yang dipilih secara persampelan rawak berlapis.Hasil keputusan FGD mendapati terdapat lapan domain iaitu hak untuk mendapat keperluan asas (12 indikator), hak untuk mendapat maklumat (1 indikator), hak untuk mendapat pendidikan pengguna (5 indikator), hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat (10 indikator), hak untuk membuat pilihan (5 indikator), hak untuk mendapat ganti rugi (11 indikator), hak untuk bersuara (2 indikator) dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat (3 indikator). Manakala, hasil analisis faktor telah mendapati terdapat lima domain iaitu hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat (10 indikator), hak untuk mendapat transaksi adil dan ganti rugi (12 indikator), hak untuk mendapat pendidikan pengguna(11 indikator), hak berkaitan perkara kewangan pengguna(6 indikator dan hak untuk bersuara dan mendapat maklumat(9 indikator).Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap literasi penduduk bandar dan luar bandar di Malaysia.Seterusnya, profil pengguna yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan tahap literasi undang-undang pengguna di Malaysia ialah jantina kerana terdapat perbezaan diantara jantina dan tahap literasi undang-undang pengguna di Malaysia.Kajian ini mampu memberikan kepentingan kepada pengguna, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan,pemasar dan pengkaji bidang kepenggunaan bagi menggubal polisi dan membentuk program kepenggunaan.Domain dan indikator yang dikenalpasti juga boleh digunakan bagi membentuk Indeks literasi undang-undang pengguna di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 38 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Consumer protection - Malaysia
Subject: Consumers - Malaysia
Call Number: FEM 2016 38
Chairman Supervisor: Elistina Binti Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 25 Jun 2019 07:53
Last Modified: 25 Jun 2019 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69277
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item