UPM Institutional Repository

Pemikiran Awang Sariyan dalam pemerkasaan bahasa melayu


Citation

Angterian, Siti Mahani (2016) Pemikiran Awang Sariyan dalam pemerkasaan bahasa melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan Pemikiran Awang Sariyan dalam Pemerkasaan Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan kerana kebanyakan kajian pemikiran lebih menjurus kepada tokoh agama dan politik, yang banyak memainkan peranan dalam pembangunan Negara tanpa menyedari bahawa pemikiran tokoh bahasa juga memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Tokoh dalam kedua-dua bidang ini juga menjadi tumpuan kerana idea dan pandangan yang disumbangkan dilihat kritis dan kreatif. Namun begitu, ini tidak bermakna idea Awang Sariyan dalam bidang bahasa tidak bersifat kritis dan kreatif. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis pemikiran dan membincangkan unsur pemikiran kritis dan kreatif Awang Sariyan yang lebih menonjol dalam usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan Prinsip Pemikiran Kritis dan Kreatif yang diperkenalkan oleh Mohd. Azhar Abd. Hamid. Data ini juga di analisis secara kualitatif melalui kaedah temu bual dengan mengemukakan satu set soalan kepada tokoh dan menganalisis kandungan makalah, jurnal, buku serta laman blog rasmi Awang Sariyan. Kajian ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemerkasaan bahasa Melayu.Selain itu juga dapat melahirkan golongan remaja yang lebih mengenali tokoh akademik berbanding tokoh hiburan serta menambah maklumat sedia ada berkaitan dengan tokoh akademik untuk pengetahuan generasi muda akan datang. Berdasarkan hasil kajian ini, terbukti pemikiran Awang Sariyan bersifat kritis konstruktif, iaitu setiap kritikan disertakan dengan cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan sesuatu isu itu. Pandangan yang dilontarkan juga memperlihatkan semangat juangnya sebagai ahli bahasa yang tegas menentang perkara yang menyalahi peraturan bahasa Melayu tanpa bersifat prejudis dan mengira pangkat mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 80 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Awang Sariyan, Datuk Dr., 1953-.
Subject: Language and languages
Call Number: FBMK 2016 80
Chairman Supervisor: Profesor Madya Raja Masittah Raja Ariffin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 01:13
Last Modified: 18 Jun 2019 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68931
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item