UPM Institutional Repository

Etimologi kitab pengetahuan bahasa


Citation

Fateh Din, Husin (2016) Etimologi kitab pengetahuan bahasa. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian Etimologi ini menghuraikan sumber kata entri Kitab Pengetahuan Bahasa (KPB) karya Raja Ali Haji (RAH) berdasarkan pendekatan etimologi. Kajian ini bertujuan menganalisis 1677 entri KPB, menghubungkaitkan sistem ejaan Jawi entri KPB dengan etimologi berdasarkan ciri fonetik dan fonologi, menghubungkaitkan makna entri KPB dengan etimologi berdasarkan Analisis Komponen Makna (AKM). Kajian lampau terhadap aspek entri, makna dan fonetik fonologi belum banyak dihubungkan dengan etimologi. Kajian ini dibuat bertitik tolak daripada hujah bahawa edisi karya agung ini amat bernilai sebagai manuskrip pembelajaran bahasa dan warisan peradaban Melayu tetapi manuskrip ini sukar difahami. Berasaskan hujah tersebut, warisan agung ini perlu difahami dan dipelihara. Sejumlah 1677 entri KPB dianalisis berlandaskan konsonan tambahan Jawi Melayu untuk mengenal pasti etimologi. Menerusi ciri fonetik dan fonologi, iaitu menganalisis penggantian hamzah ء) ) kepada qaf ( ق), fa ( ف) kepada pa ( ڤ) dan adaptasi ghain ( غ) dengan nga (ݞ), sistem ejaan Jawi entri KPB dihubungkan dengan etimologi. Seterusnya analisis komponen makna melalui perkaitan inklusi, tumpang tindih, komplimentasi dan kontiguiti dibuat untuk menghubungkaitkan makna entri KPB dengan etimologi. Data dikumpul melalui kaedah kepustakaan dengan batasan 1677 entri KPB dan berlandaskan Daftar Kata Bahasa Melayu/DKBM (2016). Data 1677 entri KPB tersebut dianalisis menggunakan konsonan tambahan Jawi Melayu, Lima Kamus (5K), dan batu bersurat untuk mengenal pasti etimologi asli Melayu entri KPB. Dapatan kajian menunjukkan etimologi 946 entri KPB ialah asli Melayu. Dapatan 946 entri KPB asli Melayu ini diperkukuh dengan analisis ciri fonetik fonologi dan AKM untuk dihubungkaitkan dengan etimologi Melayu. Terdapat banyak entri KPB yang mengalami perubahan seperti peluasan makna, penyempitan makna dan kepupusan. Refleksi kepada dapatan kajian ini, pengguna bahasa dapat mengenal pasti etimologi entri, meluaskan bidang ilmu etimologi dan memelihara edisi karya agung ini agar terus bernilai dan tidak pupus. Selain itu hasil kajian ini membawa implikasi kepada pejuang bahasa, penggubal kamus, kepimpinan organisasi agar dapat mengapresiasi etimologi entri KPB. Seterusnya kajian lanjut berkaitan kata serapan KPB, kaedah kajian, dasar DBP, dan makna dicadangkan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 64 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Etymology
Call Number: FBMK 2016 64
Chairman Supervisor: Profesor Madya Adi Yasran b. Abdul Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 01:44
Last Modified: 18 Jun 2019 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68888
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item