UPM Institutional Repository

Perbandingan aspek leksikal dan makna dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil


Citation

Ragini, Ragavan (2016) Perbandingan aspek leksikal dan makna dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian persamaan dan perbezaan peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil dari aspek leksikal dan semantik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan leksikal dalam peribahasa Melayu dan Tamil oleh masyarakat Melayu dan India. Bangsa Melayu dan India telah mewarisi himpunan peribahasa yang banyak dan setiap peribahasa tersebut akan menggambarkan kebudayaan dan cara pemikiran mereka tersendiri. Kedua-dua masyarakat memilih peribahasa untuk menyampaikan perasaan ataupun pesanan kepada orang lain agar mereka tidak berasa kecil hati. Perkara ini menyerlahkan budi baik masyarakat Melayu dan India yang tidak gemar berterus terang untuk menyuarakan baik buruk orang lain. Kelainan budaya mungkin akan menimbulkan kekeliruan dalam memahami makna peribahasa dan perkara ini akan mewujudkan situasi salah faham antara masyarakat. Bahan kajian diambil daripada buku Peribahasa Sekolah Rendah, Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, Kamus Istimewah Peribahasa Melayu, Peribahasa Tamil Kuil, Tamil karka venduma dan Ilakkana Ilakkiya Vizhakavurai. Selain itu, kaedah temu bual juga dijalankan untuk mendapatkan pengesahan makna peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan Teori Segi Tiga Makna. Teori ini akan menjelaskan makna simbol melalui segi tiga, iaitu simbol, fikiran dan rujukan. Leksikal yang terdapat dalam peribahasa juga dibincang dari sudut semantik dan sintaksis yang mempengaruhi konsep makna sesuatu peribahasa tersebut. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu dan Tamil mempunyai persamaan pemikiran dalam penggunaan simbol yang sama dalam peribahasa, terutama dari segi leksikal benda, haiwan, anggota badan, dan alam. Terdapat juga beberapa peribahasa yang dapat dikaitkan dengan nilai dan pemikiran masyarakat majmuk seperti tingkah laku dan nilai manusia, persahabatan, kasih sayang, usaha, nasihat, serta alam flora dan fauna.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 26 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Semantics
Subject: Malay language - Lexicography
Subject: Tamil language - Semantics
Call Number: FBMK 2016 26
Chairman Supervisor: Che Ibrahim bin Haji Salleh, Phd
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 02:35
Last Modified: 18 Jun 2019 02:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68855
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item