UPM Institutional Repository

Riwayat dan sumbangan Lim Lian Geok dalam penulisan rencana dan puisi klasik Cina


Citation

Lee, Soo Wan (2016) Riwayat dan sumbangan Lim Lian Geok dalam penulisan rencana dan puisi klasik Cina. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Lim Lian Geok merupakan seorang tokoh penting dalam pendidikan Cina di Malaysia. Selain daripada mengajar dan memimpin pergerakan pendidikan Cina, beliau turut menceburi bidang penulisan rencana dan puisi klasik. Sejak sebelum perang hingga ke tahun 1954, beliau menulis rencana dalam lembaran „Shi Sheng‟ dan „Shang Yu‟, kedua-duanya dalam akhbar Nanyang Siang Pau. Pada tahun 1956, sebahagian karya beliau telah dikumpul dan diterbitkan dalam 3 buah koleksi oleh anak muridnya. Selepas permit mengajar dan status kewarganegaraan Lim dilucutkan oleh kerajaan pada tahun 1961, beliau terpaksa meninggalkan kerjayanya dan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia ( dikenali juga sebagai Jiao Zong) yang telah dipimpin selama 8 tahun (1954-1961). Selepas itu, beliau menerbitkan sebuah koleksi rencana dan sebuah koleksi puisi klasik. Namun demikian, banyak penulisan Lim belum dikumpul dan diterbitkan. Fokus utama kajian yang dibuat oleh sarjana sebelum ini lebih cenderung menekankan topik pendidikan Cina. Justeru kajian ini memberi fokus ke atas rencana dan puisi klasik beliau yang masih terabai. Kajian mendapati tema rencana Lim berkaitan dengan pelbagai isu, termasuk sosial, politik, pendidikan, kebudayaan, penulisan dan hal-hal kehidupan harian. Ciri penulisan beliau jelas dipengaruhi oleh pemikir Cina moden seperti Liang Qichao, Hu Shi dan Lu Xun. Pemikiran dalam rencana beliau merangkumi isu falsafah Konfucian, pandangan terhadap agama dan semangat kenegaraan. Sementara itu, puisi klasik Lim merangkumi tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan, semangat patriotik, alam semulajadi dan catatan harian. Gaya penulisan puisi klasik beliau mewarisi tradisi sastera Cina yang dinamakan sebagai “Fu” (赋) ,“Bi” ( 比) , “Xing” ( 兴) , manakala aspek pemikiran mencerminkan falsafah Konfucianisme, Taoisme dan Buddhisme.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 14 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Chinese essay
Subject: Chinese poetry - History and criticism
Call Number: FBMK 2016 14
Chairman Supervisor: Chong Fah Hing, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 03:05
Last Modified: 18 Jun 2019 03:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68810
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item