Citation
Lee, Soo Wan
(2016)
Riwayat dan sumbangan Lim Lian Geok dalam penulisan rencana dan puisi klasik Cina.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Lim Lian Geok merupakan seorang tokoh penting dalam pendidikan Cina di
Malaysia. Selain daripada mengajar dan memimpin pergerakan pendidikan Cina,
beliau turut menceburi bidang penulisan rencana dan puisi klasik. Sejak sebelum
perang hingga ke tahun 1954, beliau menulis rencana dalam lembaran „Shi Sheng‟
dan „Shang Yu‟, kedua-duanya dalam akhbar Nanyang Siang Pau. Pada tahun 1956,
sebahagian karya beliau telah dikumpul dan diterbitkan dalam 3 buah koleksi oleh
anak muridnya. Selepas permit mengajar dan status kewarganegaraan Lim
dilucutkan oleh kerajaan pada tahun 1961, beliau terpaksa meninggalkan kerjayanya
dan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru
Sekolah Cina Malaysia ( dikenali juga sebagai Jiao Zong) yang telah dipimpin
selama 8 tahun (1954-1961). Selepas itu, beliau menerbitkan sebuah koleksi rencana
dan sebuah koleksi puisi klasik. Namun demikian, banyak penulisan Lim belum
dikumpul dan diterbitkan. Fokus utama kajian yang dibuat oleh sarjana sebelum ini
lebih cenderung menekankan topik pendidikan Cina. Justeru kajian ini memberi
fokus ke atas rencana dan puisi klasik beliau yang masih terabai.
Kajian mendapati tema rencana Lim berkaitan dengan pelbagai isu, termasuk sosial,
politik, pendidikan, kebudayaan, penulisan dan hal-hal kehidupan harian. Ciri
penulisan beliau jelas dipengaruhi oleh pemikir Cina moden seperti Liang Qichao,
Hu Shi dan Lu Xun. Pemikiran dalam rencana beliau merangkumi isu falsafah
Konfucian, pandangan terhadap agama dan semangat kenegaraan. Sementara itu,
puisi klasik Lim merangkumi tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan,
semangat patriotik, alam semulajadi dan catatan harian. Gaya penulisan puisi klasik
beliau mewarisi tradisi sastera Cina yang dinamakan sebagai “Fu” (赋) ,“Bi”
( 比) , “Xing” ( 兴) , manakala aspek pemikiran mencerminkan falsafah
Konfucianisme, Taoisme dan Buddhisme.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |