Citation
Mohd, Rozidawati
(2016)
Konsep Taqarrub dalam kumpulan puisi 'Deru Perjalanan Kembali Seorang Abid' karya Yahya M.S.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep taqarrub dalam karya seorang penyair dari Brunei Darussalam iaitu Yahya M.S.. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dan bermakna terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu Islam di negara Brunei dan di rantau Asia Tenggara khususnya dalam
genre puisi. Taqarrub yang maksudnya mendekatkan diri kepada Tuhan dapat dilihat dalam lima wasilah (jalan) iaitu wasilah taqarrub melalui amalan fardu (wajib); wasilah taqarrub melalui amalan sunat; wasilah taqarrub melalui ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya; wasilah taqarrub melalui penyaksian terhadap kekuasaan Allah; dan wasilah taqarrub melalui peringatan kepada saat kematian. Terdapat dua objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, untuk menganalisis konsep taqarrub dalam kumpulan
puisi „Deru Perjalanan Kembali Seorang Abid‟ karya Yahya M.S.. Kedua, untuk menghubungkaitkan antara konsep taqarrub dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan puisi-puisinya. Analisis terhadap kumpulan puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini akan mengaplikasikan Teori Konseptual
Kata Kunci janaan Mohamad Mokhtar Hassan. Teori yang menggariskan tiga prinsip ini iaitu kepengaruhan, pemilihan kata dan kesan dilihat amat bersesuaian kerana penyair merupakan mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama dan kini bertugas sebagai Ketua Hakim Syarie di Negara Brunei
Darussalam. Analisis ini mendapati bahawa konsep taqarrub yang mencakupi kelima-lima wasilah ditemui dalam puisi-puisi penyair. Pengkaji juga mendapati bahawa faktor-faktor seperti latar belakang keluarga, pendidikan yang diperoleh,
pengalaman hidup, pekerjaan dan jawatan yang dipegang oleh penyair Yahya M.S. telah mempengaruhi penghasilan konsep taqarrub dalam puisi-puisinya. Begitu juga dengan pemilihan diksi oleh penyair membuktikan hubung kait antara konsep taqarrub dengan faktor-faktor yang telah dinyatakan. Faktor faktor itu begitu terserlah dan telah menjadikan kepengarangan Yahya M.S. sebegitu rupa sehingga dirinya dikenali sebagai seorang ilmuan, agamawan dan sasterawan di negara Brunei Darussalam.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |