UPM Institutional Repository

Kohesi dalam penulisan karangan bahasa melayu pelajar di sebuah universiti awam


Citation

Mat Hassan, Nurmasitah (2016) Kohesi dalam penulisan karangan bahasa melayu pelajar di sebuah universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kohesi adalah pertautan ayat dalam sesuatu perenggan. Semua maklumat yang ditulis dalam bentuk ayat harus berkait antara satu sama lain.Tanpa ayat yang kohesi, pembaca akan berasa seolah-olah mereka membaca senarai panjang yang tiada kaitan idea. Oleh itu, dengan adanya kohesi, bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi dalam karangan bahasa Melayu pelajar di peringkat pengajian tinggi awam. Kajian ini menggunakan kerangka kohesi Halliday dan Hasan (1976). Bagi mengumpul data kajian, kaedah analisis dokumen digunakan kerana bersesuaian untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna. Responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sebuah universiti awam diminta untuk menulis beberapa perenggan karangan dalam bahasa Melayu yang tajuknya telah ditentukan dalam masa 1 jam. Analisis ini membincangkan kohesi gramatikal , kohesi leksikal dan juga kohesi idea. Kohesi gramatikal terbahagi kepada empat bahagian iaitu rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubung. Kohesi leksikal pula terbahagi kepada dua iaitu reiterasi dan kolokasi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pelajar banyak menggunakan kohesi gramatikal berbanding kohesi leksikal dalam penulisan karangan mereka. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lemah dalam dari segi mentautkan idea dalam penulisan karangan mereka. Bagi kajian lanjut, generalisasi boleh dibuat jika sampel yang lebih besar digunakan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 8 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Discourse analysis
Subject: Malay language - Composition and exercises
Subject: Malay language - Study and teaching (Higher)
Call Number: FBMK 2016 8
Chairman Supervisor: Jama’yah Binti Zakaria, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Pertautan ayat dalam sesuatu perenggan; Bagi membina makna yang lebih jelas
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 11 Jun 2019 03:46
Last Modified: 11 Jun 2019 03:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68780
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item