Citation
Mat Hassan, Nurmasitah
(2016)
Kohesi dalam penulisan karangan bahasa melayu pelajar di sebuah universiti awam.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kohesi adalah pertautan ayat dalam sesuatu perenggan. Semua maklumat yang ditulis dalam bentuk ayat harus berkait antara satu sama lain.Tanpa ayat yang kohesi, pembaca akan berasa seolah-olah mereka membaca senarai panjang yang tiada kaitan idea. Oleh itu, dengan adanya kohesi, bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi dalam karangan bahasa Melayu pelajar di peringkat pengajian tinggi awam. Kajian ini menggunakan kerangka kohesi Halliday dan Hasan (1976). Bagi mengumpul data kajian, kaedah analisis dokumen digunakan kerana bersesuaian untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna. Responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sebuah universiti awam diminta untuk menulis beberapa perenggan karangan dalam bahasa Melayu yang tajuknya telah ditentukan dalam masa 1 jam. Analisis ini membincangkan kohesi gramatikal , kohesi leksikal dan juga kohesi idea. Kohesi gramatikal terbahagi kepada empat bahagian iaitu rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubung. Kohesi leksikal pula terbahagi kepada dua iaitu reiterasi dan kolokasi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pelajar banyak menggunakan kohesi gramatikal berbanding kohesi leksikal dalam penulisan karangan mereka. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lemah dalam dari segi mentautkan idea dalam penulisan karangan mereka. Bagi kajian lanjut, generalisasi boleh dibuat jika sampel yang lebih besar digunakan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Discourse analysis |
Subject: |
Malay language - Composition and exercises |
Subject: |
Malay language - Study and teaching (Higher) |
Call Number: |
FBMK 2016 8 |
Chairman Supervisor: |
Jama’yah Binti Zakaria, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Pertautan ayat dalam sesuatu perenggan; Bagi membina makna yang lebih jelas |
Depositing User: |
Mr. Sazali Mohamad
|
Date Deposited: |
11 Jun 2019 03:46 |
Last Modified: |
11 Jun 2019 03:46 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68780 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
![View Item View Item](/style/images/action_view.png) |
View Item |