UPM Institutional Repository

Perbandingan dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Baku dari sudut semantik leksikal


Citation

Bolhassan, Nabillah (2016) Perbandingan dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Baku dari sudut semantik leksikal. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini berkaitan perbandingan dialek Melayu Sarawak di Sibu dengan bahasa Melayu baku. Dialek Melayu Sarawak di Sibu bukanlah dialek yang dominan kerana populasi masyarakat di Sibu majoritinya ialah berbangsa Cina. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku, menghuraikan perbezaan kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu serta menghasilkan daftar kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku. Kajian ini menggunakan kaedah elisitasi yang dijalankan terhadap penjawat awam yang berkhidmat di Rejimen 510 Askar Wataniah Kem Seri Rajang, Sibu Sarawak untuk mengenal pasti beberapa perkataan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna. Teori yang digunakan ialah teori semantik leksikal. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 50 perkataan dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna kerana mempunyai sebutan yang sama tetapi berbeza dari segi maknanya. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu masyarakat yang datang dari latar dialek yang berbeza untuk lebih menguasai dialek Melayu Sarawak supaya tidak berlakunya kekaburan makna serta dapat mengelakkan daripada berlakunya prejudis, salah sangka dan salah faham terhadap mereka yang melancong atau berkhidmat di Sarawak.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 7 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Dialects - Sarawak
Subject: Malay language - Comparison - Sarawak language
Subject: Malay language - Semantics
Call Number: FBMK 2016 7
Chairman Supervisor: Profesor Madya Che Ibrahim Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 25 Jun 2019 08:09
Last Modified: 25 Jun 2019 08:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68777
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item