UPM Institutional Repository

Penggunaan bahasa suku Che Wong di Kuala Gandah, Pahang, Malaysia


Citation

Muda, Norajihah (2016) Penggunaan bahasa suku Che Wong di Kuala Gandah, Pahang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi kepelbagaian kaum dan etnik yang membawa kepada kepelbagaian bahasa yang mewakili setiap suku kaum. Orang Asli merupakan salah satu suku kaum yang tinggal di Malaysia yang terbahagi kepada tiga golongan, iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Che Wong merupakan salah satu suku kaum Orang Asli yang tergolong dalam suku masyarakat orang Asli Senoi. Suku Senoi merupakan suku Orang Asli yang terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Suku Che Wong sebahagian besarnya terdapat di Pahang yang berjumlah kira-kira 651 orang yang tinggal terutamanya di kawasan Kuala Gandah. Perkampungan Orang Asli Kuala Gandah terletak di daerah Temerloh. Perkampungan ini juga terletak berdekatan dengan Pusat Ekskavasi Gajah Kebangsaan. Kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek bahasa yang dituturkan oleh penduduk suku Orang Asli Che Wong di Kuala Gandah. Kajian ini menggunakan khidmat imforman yang merupakan penutur natif dalam kalangan suku Che Wong. Kajian ini mengemukakan kepada tiga objektif, iaitu pertama mengenal pasti penggunaan bahasa suku Che Wong dalam kalangan anggota masyarakatnya di Kuala Gandah; kedua, membandingkan penggunaan bahasa suku Che Wong dan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat Che Wong di KualaGandah dan objektif ketiga pula, menghuraikan kelestarian penggunaan bahasa Suku Che Wong di Kuala Gandah.Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori etnolinguistik dan kaedah tipologi keterancaman bahasa. Teori etnolinguistik dan kaedah tipologi keterancaman bahasa digunakan dalam menganalisis dan menjawab ketiga-tiga objektif. Dua kaedah digunakan dalam pengumpulan data, iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengkaji sikap dan tingkah laku dalam bahasa. Kaedah kualitatif pula digunakan untuk mengkaji sistem bunyi bahasa melalui teknik pemerhatian, teknik bercerita, teknik lafaz, teknik temu bual dan soal selidik. Sebanyak 80 orang responden telah dipilih dalam kalangan masyarakat Che Wong. Dapatan kajian menunjukkan bahasa suku Che Wong masih lagi utuh dan dilestarikan dalam kalangan anggota masyarakatnya walaupun sudah terdapat pengaruh bahasa luar. Hal ini demikian kerana faktor tinggal berkelompok dalam lingkaran kaum mereka sahaja menyebabkan bahasa mereka tetap utuh dituturkan dalam kehidupan seharian.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 6 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Chewong (Malaysian people)
Subject: Ethnology - Malaysia
Call Number: FBMK 2016 6
Chairman Supervisor: Profesor Madya Raja Masittah bt Raja Ariffin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Pusat ekskavasi gajah kebangsaan; Penggunaan bahasa suku Che Wong
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 31 May 2019 02:59
Last Modified: 31 May 2019 02:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item