Citation
Mat Saad, Zalikha
(2016)
Kesan lakaran visual 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dari sudut semantik. Penyelidikan ini bertunjangkan kepada tiga objektif utama. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti makna kata yang diujarkan oleh kanak-kanak apabila melihat lakaran visual 2D dan 3D. Objektif yang kedua adalah untuk menganalisis pembinaan konsep bagi makna kata yang diujarkan kanak-kanak. Seterusnya adalah untuk membandingkan kesan lakaran visual 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa bukan verbal kanak-kanak. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan teknik pemerhatian, teknik rakaman dan teknik temu bual. Kajian ini diperkukuhkan dengan bantuan pendekatan Teori Kognitif dan Teori Emosi. Berdasarkan dapatan kajian, hipotesis yang dinyatakan adalah sangat tepat. Hasil kajian mendapati bahawa kad gambar visual 2D dan 3D dapat membantu kanak-kanak memberikan makna terhadap sesuatu kata dan mendapati kanak-kanak lebih mudah menguasai makna bagi kata konkrit. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa visual 3D lebih menonjol dalam membantu kanak-kanak dari sudut penguasaan bahasa bukan verbal. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi maklumat tentang kepentingan salah satu unsur multimedia iaitu lakaran 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak khususnya dalam bidang semantik.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Language acquisition |
Subject: |
Malay language - Semantics |
Subject: |
Visual education - Children |
Call Number: |
FBMK 2016 3 |
Chairman Supervisor: |
Prof Madya Normahdiah Binti Sheik Said, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Pemerolehan bahasa kanak-kanak; Teori kognitif dan teori emosi |
Depositing User: |
Mr. Sazali Mohamad
|
Date Deposited: |
29 May 2019 03:19 |
Last Modified: |
29 May 2019 03:19 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68764 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |