UPM Institutional Repository

Pengaruh kebergantungan golongan belia terhadap media sosial bagi tujuan politik, pengetahuan politik dan perubahan budaya politik di DUN Kajang, Selangor, Malaysia


Citation

Mohd, Mohd Ezril (2017) Pengaruh kebergantungan golongan belia terhadap media sosial bagi tujuan politik, pengetahuan politik dan perubahan budaya politik di DUN Kajang, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membincangkan sejauh mana tahap kebergantungan golongan belia kepada media sosial bagi tujuan sosialisasi politik mempengaruhi perubahan budaya politik Malaysia. Kempen politik melalui internet telah dapat dilihat semenjak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) apabila dikatakan telah mempengaruhi pengundi sehingga membawa kepada kegagalan parti Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi parlimen. Perkembangan ini juga telah dikaitkan dengan sikap sinis golongan belia itu sendiri terhadap pihak kerajaan pusat disebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap maklumat politik di media sosial yang dipercayai dikuasai oleh pro-pembangkang. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara tahap kebergantungan kepada media sosial bagi tujuan sosialisasi politik dengan pengetahuan politik dan perubahan budaya politik di kalangan belia bandar; dalam masa yang sama menganalisis secara terperinci apakah faktor demografi yang mungkin mempengaruhinya. Kaedah persampelan rawak kluster telah diguna pakai yang melibatkan 799 orang responden di DUN Kajang. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS v23) pula telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian secara deskriptif melalui analisis kekerapan, peratusan dan skor min. Manakala analisis inferensi seperti korelasi Pearson, regresi linear dan ANOVA sehala telah diaplikasi bagi menentukan perbezaan dan mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa kebergantungan belia terhadap media sosial bagi tujuan sosialisasi politik mempunyai hubungan yang negatif, namun lemah dan tidak signifikan dengan pengetahuan politik dan perubahan budaya politik konservatif. Walau bagaimanapun, pengetahuan politik dan perubahan budaya politik ini secara signifikan dipengaruhi oleh faktor etnik. Pemboleh ubah seperti tahap kebergantungan kepada media sosial bagi tujuan sosialisasi politik dan pengetahuan politik serta perubahan budaya politik adalah saling berhubung di antara satu sama lain. Justeru, langkah yang seterusnya bagi kajian pada masa hadapan adalah bagi melakukan analisis perbandingan terhadap kesan kebergantungan di media sosial bagi tujuan politik ini di kalangan belia bandar dan luar bandar, agar generalisasi yang lebih tepat dapat diperolehi.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2018 12 IR.pdf

Download (999kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social media - Political aspects - Malaysia
Subject: Communication
Subject: Youth
Call Number: FEM 2018 12
Chairman Supervisor: Ku Hasnita Ku Samsu, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 16 May 2019 06:10
Last Modified: 16 May 2019 06:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68559
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item