UPM Institutional Repository

Kawalan negara terhadap kebebasan media di Malaysia


Citation

Abdul Rahman, Yahya (2017) Kawalan negara terhadap kebebasan media di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini meneliti kebebasan media di Malaysia dan melihatnya dari perspektif politik dan undang-undang. Undang-undang tersebut ialah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tujuannya ialah untuk meneliti faktor state mengawal kebebasan media di Malaysia dan akta-akta yang digunakan oleh state dalam mengawal kebebasan tersebut, menilai bentuk-bentuk sekatan dan tindakan yang dilakukan oleh state bagi mengawal media di Malaysia, dan menilai impak kawalan state terhadap kebebasan media di Malaysia. Kerangka konseptual state dan kebebasan media digunakan sebagai alat analisis untuk memandu kajian ini. Metodologi kajian adalah analisis kualititatif bagi menginterpretasi data primer dan sekunder. Data primer diperoleh dari temu bual dengan informan autoritatif yang pakar tentang media dan politik Malaysia, manakala data sekunder pula diperoleh dari buku, tesis, artikel dalam jurnal dan akhbar-akhbar. Hasil analisis menunjukkan state (negara) mengawal media di Malaysia dengan menggunakan undang-undang sebagai alat kawalan. Tindakan undang-undang yang digunakan oleh state untuk mengawal media ialah dengan mengenakan hukuman dan denda, menahan orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menguatkuasakan lesen penerbitan dan percetakan, memberi kuasa mutlak kepada menteri meluluskan atau membatalkan lesen, menguasai pemilikan media, dan menapis maklumat di alam siber. Tesis ini berhujah tindakan negara menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kebebasan media telah menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan menyampaikan pandangan mereka secara bebas dan adil. Keadaan ini menjadikan Malaysia adalah sebagai negara yang cacat demokrasinya. Di akhir analisis, kajian ini mendapati walaupun tindakan negara tersebut dilihat sebagai tidak demokratik, namun tindakan kawalan tersebut adalah selaras dengan peruntukan yang terdapat Perkara 10(2) dan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi autoriti kepada state untuk menguatkuasakan undang-undang yang perlu bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2018 9 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Privacy, Right of
Subject: Freedom of the press
Subject: Freedom of speech
Call Number: FEM 2018 9
Chairman Supervisor: Ahmad Tarmizi Talib, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 16 May 2019 04:44
Last Modified: 16 May 2019 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68556
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item