UPM Institutional Repository

Penentuan kata kerja Bahasa Arab melalui strategi pembelajaran tatabahasa dalam kalangan pelajar universiti


Citation

Tuan Ab. Rashid, Tuan Nur Izzati (2017) Penentuan kata kerja Bahasa Arab melalui strategi pembelajaran tatabahasa dalam kalangan pelajar universiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penguasaan tatabahasa amat penting dalam pembelajaran bahasa Arab terutamanya dalam menguasai kata kerja. Namun begitu, dapatan kajian lalu telah membuktikan bahawa penguasaan tatabahasa termasuk kata kerja dalam kalangan pelajar masih lagi berada pada tahap yang lemah. Dalam hal ini, para sarjana telah mengaitkan hubungan antara penguasaan tatabahasa dengan penggunaan pelajar terhadap strategi pembelajaran tatabahasa. Oleh itu, kajian ini cuba meneliti strategi para pelajar dalam menentukan kata kerja bahasa Arab melalui strategi pembelajaran tatabahasa (SPT). Justeru, kajian ini akan mengenal pasti penentuan pelajar terhadap kata kerja bahasa Arab secara implisit dan eksplisit melalui SPT serta menganalisis kekeliruan mereka dalam menentukan kata kerja ini. Kajian kualitatif ini melibatkan responden seramai lima (5) orang pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing Pengkhususan Bahasa Arab, Universiti Putra Malaysia. Mereka telah diminta untuk menentukan tiga (3) jenis kata kerja; iaitu kata kerja kala lampau, kata kerja kini dan kata kerja imperatif semasa menjawab satu instrumen yang mengandungi 21 item. Sesi temu bual bagi mengenal pasti strategi mereka dalam menentukan kata kerja dijalankan sebaik selesai tugasan menjawab. Data rakaman temu bual tersebut kemudiannya dianalisis berdasarkan SPT secara implisit dan eksplisit. Hasil kajian penentuan kata kerja melalui SPT secara implisit menunjukkan faktor kendiri pelajar yang berkait dengan pengalaman pembelajaran, keyakinan dan kefahaman menjadi strategi utama yang membantu responden menentukan kata kerja dengan betul. Selain itu, maksud keseluruhan ayat dan struktur ayat turut menjadi strategi pilihan responden dalam penentuan ini. Responden juga amat bergantung pada kata kerja yang sering digunakan semasa sesi pembelajaran sebagai strategi mereka. Namun begitu, mereka didapati kerap kali menentukan kata kerja secara meneka apabila kurang yakin terhadap kemampuan diri atau kefahaman mereka terhadap kaedah tatabahasa yang telah dipelajari. Dapatan kajian penentuan kata kerja melalui SPT secara eksplisit pula menunjukkan responden hanya menggunakan strategi yang melibatkan kaedah tatabahasa bagi kata kerja dasar berbanding dengan kata kerja berimbuhan, hingga menyebabkan mereka tidak dapat menentukan kata kerja trilateral berimbuhan dengan baik. Di samping itu, mereka juga menggunakan strategi yang berkait dengan pola, terutamanya kata kerja yang berpolakan فَاعَلََ . Dari aspek kekeliruan pula, terdapat empat (4) bentuk kekeliruan yang dihadapi oleh responden; iaitu kekeliruan dalam menentukan jenis kata kerja, terutamanya kata kerja imperatif, kekeliruan dalam menentukan pola, kekeliruan dalam membezakan kata dasar dan juga kata berimbuhan, serta kekeliruan dalam menentukan baris kata kerja. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan bahawa responden telah melakukan pelbagai usaha bagi menentukan kata kerja serta mengadaptasikan pelbagai SPT mengikut konteks ayat.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 8 IR.pdf

Download (512kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Verb
Subject: Arabic language - Grammar
Subject: Arabic language - Noun
Call Number: FBMK 2018 8
Chairman Supervisor: Nik Farhan binti Mustapha, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 May 2019 02:16
Last Modified: 14 May 2019 02:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68465
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item