UPM Institutional Repository

Fenomena sosial dalam novel pilihan


Citation

Md Zain, Rosnani (2017) Fenomena sosial dalam novel pilihan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Secara keseluruhannya, fenomena sosial merujuk kepada kenyataan atau fakta yang terjadi dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada pertikaian mengenai kemenangan Razali Endun menerusi novel Nenek dalam Anugerah Hadiah Sastera Perdana 2014.Ada pihak yang mendakwa bahawa Nenek tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana tidak mengetengahkan fenomena semasa. Selain itu, ada juga pihak yang berpendapat bahawa novel Luka Nering karya Malim Ghozali PK lebih menepati kriteria kerana mengetengahkan persoalan semasa yang relevan dalam konteks kehidupan masyarakat pada hari ini. Melalui isu-isu yang dibangkitkan mengenai kedua-dua novel tersebut, pengkaji telah terpanggil untuk membuat kajian dengan memfokuskan kepada aspek fenomena sosial yang terdapat dalam kedua-dua novel kajian.Objektif kajian adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis fenomena sosial yang terdapat dalam novel kajian.Bagi mencapai objektif kajian ini pengkaji telah menggunakan kerangka teori fakta sosial yang diasaskan oleh Emile Durkheim.Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa elemen fenomena sosial yang diketengahkan dalam novel kajian antaranya ialah tatacara perhubungan dalam masyarakat, perpecahan dalam masyarakat,kebudayaan,kekeluargaan,kemiskinan, pembangunan sosioekonomi masyarakat, masalah sosial dan undang-undang tanah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua novel tersebut mengetengahkan aspek fenomena sosial, namun fenomena sosial yang terdapatdalam novel Nenek lebih dominan berbanding dalam novel Luka Nering.Ini telah membuktikan bahawa novel Nenek sarat dengan fenomena masyarakatnya dan fenomena sosial yang diketengahkan dalam novel tersebut merupakan fenomena sezaman.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 6 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Literature - History and criticism
Call Number: FBMK 2018 6
Chairman Supervisor: Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 May 2019 01:47
Last Modified: 14 May 2019 01:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68464
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item