UPM Institutional Repository

Konsep ucapan "selamat" dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai


Citation

Abd. Nasir, Siti Noridayu and Abdul Halim, Hazlina and Sha'ri, Sharil Nizam and Che Su, Norizan (2018) Konsep ucapan "selamat" dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Pertanika MAHAWANGSA, 5 (2). pp. 481-494. ISSN 2289-7259

Abstract

Ucapan “selamat” merupakan kata-kata penting yang diucapkan sebagai tanda hormat dan kemesraan berbentuk sapaan kepada orang lain. Malahan, ucapan “ selamat” dapat merujuk pada waktu ucapan diberikan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan membandingkan tujuan penggunaan ucapan “selamat” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Kemudian, kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan yang wujud dari aspek gender dalam ucapan “selamat”. Selain itu, kajian ini dapat memperlihatkan lagi perbezaan dan persamaan lain yang wujud dalam penggunaan ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Rentetan itu, kajian ini mengaplikasikan teori yang dipelopori oleh Robert Lado (1957), iaitu Teori Analisis Konstrastif. Teori AK begitu sinonim dalam analisis aspek perbezaan dan persamaan yang wujud dalam beberapa bahasa, iaitu melebihi penggunaan satu bahasa. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan dari segi gender, waktu dan penggunaan lebih daripada satu ucapan. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjelaskan perbezaan dan persamaan yang wujud dalam ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Malahan, dapat menjadi perintis untuk kajian akan datang yang berkaitan dengan perbandingan bahasa.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Konsep ucapan selamat dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Wishing of "good"; Comparative language; Theory of Robert Lado (constractive analysis); Malay, English and Thai language; Gender aspects
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 May 2019 08:35
Last Modified: 10 May 2019 08:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68411
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item