Citation
Abdul Aziz @ Mohd Salleh, Nur Azimah and Mohd Hanafiah, Halis Azhan and Abu Bakar, Roslina
(2018)
Unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas.
Pertanika MAHAWANGSA, 5 (1).
pp. 435-448.
ISSN 2289-7259
Abstract
Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas. Novel ini merupakan teks KOMSAS yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula 2016. Sebagaimana kelaziman novel yang menyerlahkan unsur dialog, didapati sebanyak 8 unsur dialog berdasarkan unsur eufemisme yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas adalah menepati Prinsip Kesopanan Leech (1983). Namun, kajian ini hanya menampilkan enam unsur dialog yang menepati maksim Leech. Prinsip Kesopanan Leech menekankan tingkah laku dan persoalan beradab yang menghubungkan dua pihak dalam sesuatu proses komunikasi, iaitu antara diri sendiri yakni penutur dengan orang lain yakni pendengar. Proses komunikasi yang terjadi adalah hasil daripada konflik dan membawa kepada pengakhiran yang baik kepada watak utama dan juga watak sampingan, kerana unsur santun berbahasa yang dituturkan. Hal ini kerana proses komunikasi yang menjaga santun bahasa akan memberikan impak secara emosi kepada pendengar dan juga penutur itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa watak utama dan watak sampingan dalam novel Songket Berbenang Emas ini menyerlahkan tingkah laku dan adab dalam proses komunikasi sebagaimana tuntutan agama Islam dan masyarakat Melayu yang sopan.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |