Citation
Marimothu, Gayatri and Kamaruddin, Rohaidah
(2018)
Pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah.
Pertanika MAHAWANGSA, 5 (1).
pp. 413-421.
ISSN 2289-7259
Abstract
Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India yang berusia 5-6 tahun di prasekolah. Pada usia ini, kanak-kanak menghadapi tahap penguasaan bahasa yang kritikal. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah. Kajian yang dijalankan ini menjelaskan faktor-faktor afektif dalam penguasaan leksikal bahasa Melayu. Pemerhatian dilakukan ke atas 17 orang kanak-kanak India prasekolah di tiga prasekolah swasta sekitar daerah Seremban. Penyelidik mendapati bahawa tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal golongankata bahasa Melayu kanak-kanak adalah baik tetapi masih dipengaruhi oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Namun begitu, tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak semakin baik apabila usia meningkat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor afektif seperti motivasi, emosi dan sikap kanak-kanak mempengaruhi proses pemerolehan bahasa.
Download File
![[img]](http://psasir.upm.edu.my/68406/1.hassmallThumbnailVersion/Pemerolehan%20dan%20penguasaan%20leksikal%20bahasa%20Melayu%20kanak-kanak%20India%20di%20prasekolah.pdf)  Preview |
|
Text (Abstrak)
Pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |