UPM Institutional Repository

Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori Religiositi Personaliti Muslim


Citation

Manap, Jamiah (2005) Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori Religiositi Personaliti Muslim. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Islam menawarkan penyelesaian terbaik kepada permasalahan semasa kerana ajaran Islam bersifat stabil dan dinarnik. Bagaimanapun, pengaplikasian dan keberkesanan ajaran tersebut tidak dapat diukur kerana bilangan alat ukuran religiositi muslim yang bermutu adalah terhad. Justeru, Inventori Religiositi dan Personaliti Muslim (IRPM) yang mengandungi dua skala iaitu Tasawur Islam dan skala Personaliti Muslim dibangunkan untuk memenuhi keperluan tersebut. Kajian dibuat untuk menjawab empat objektif utama kajian iaitu membangunkan model religiositi dan personaliti muslim, kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kebolehpercayaan inventori menggunakan kaedah penyelidikan kombinasi kualitatif dan kuantitatif. Model religiositi dan personaliti muslim dibangunkan menggunakan sebahagian daripada pendekatan kualitatif grounded theory daripada enarn orang pakar dalam bidang agama yang diiktiraf dan memberi sumbangan yang besar dalam bidang tersebut. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik yang kemudiannya menghasilkan teori dan model religiositi dan personaliti muslim, model pengukuran religiositi muslim d m prinsip pengukuran religiositi muslim. Kesahan kandungan diperolehi melalui penilaian arbiter. Kesahan gagasan diperolehi melalui pendefinisian operasional dan analisis faktor manakala kebolehpercayaan diperolehi melalui analisis kebolehpercayaan alpha cronbach. Kajian mendapati, kesahan kandungan alat ukuran adalah tinggi apabila 80% item skala Tasawur Islam dan 85% item skala Personaliti Muslim telah dipersetujui lebih daripada 71.4% arbiter. Kesahan gagasan skala pengukuran adalah tinggi kerana dibina menggunakan pendekatan rasional dan pendefinisian operasional gagasan. Hasil analisis faktor yang dilakukan pula menguatkan lagi kesahan gagasan melalui dua faktor yang diperolehi. Kebolehpercayaan alat ukuran adalah tinggi iaitu .8056 bagi skala Tasawur Islam dan .9607 bagi skala Personaliti Muslim.


Download File

[img] Text
PEKA_2005_2.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islamic religious education
Subject: Islam - Muslim - Personality
Call Number: PEKA 2005 2
Chairman Supervisor: Professor Hj. Azimi Hj. Hamzah, Ed.D
Divisions: Institute for Community and Peace Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 21 May 2010 02:54
Last Modified: 14 Nov 2023 03:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6832
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item