UPM Institutional Repository

Aplikasi tatabahasa dalam membaca teks Arab dalam kalangan pelajar IPTA


Citation

Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad (2015) Aplikasi tatabahasa dalam membaca teks Arab dalam kalangan pelajar IPTA. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Membaca merupakan kemahiran bahasa yang sangat penting terutamanya kepada pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Namun, realiti pada hari ini terdapat ramai pelajar bahasa Arab yang tidak mampu untuk membaca dan memahami dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti ketepatan bacaan subjek dan predikat yang merupakan unsur asas binaan ayat dan kunci kepada pemahaman teks. Kajian ini juga bertujuan memeriksa pemahaman pelajar terhadap teks bacaan dan menganalisis pengaruh unsur tatabahasa terhadap pemahaman. Kajian ini berbentuk kajian lapangan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan kajian kes. Enam orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan (ISMBADP) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menjadi peserta kajian ini. Data dikumpulkan melalui prosedur bacaan senyap dengan menandakan baris dan pemahaman teks dengan teknik terjemahan serta melalui tiga sesi temu bual iaitu temu bual bacaan-pemahaman, temu bual aplikasi tatabahasa dan temu bual umum. Data-data tersebut dianalisis menggunakan kaedah Analisis Domain mengikut tema-tema yang dibina melalui proses pengekodan secara deduktif. Dapatan kajian ini menunjukkan sebahagian besar peserta kajian tidak menghadapi masalah dalam bacaan unsur asas binaan ayat iaitu subjek dan predikat. Sebahagian besar mereka juga dapat memahami ayat mudah yang tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh mengganggu pemahaman seperti unsur frasa penanda wacana sama ada pada permulaan ayat atau penanda wacana yang memisahkan subjek dan predikat. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh unsur tatabahasa terhadap pemahaman dengan kewujudan pemahaman yang selari dengan aplikasi tatabahasa sama ada aplikasi tersebut menepati maksud menurut konteks ayat ataupun tidak. Justeru, tatabahasa merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran bahasa Arab dan perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan-pemahaman.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2015 79 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Grammar
Call Number: FBMK 2015 79
Chairman Supervisor: Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 13 May 2019 06:10
Last Modified: 13 May 2019 06:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68292
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item