UPM Institutional Repository

Unsur emosi dan konflik dalam novel KOMSAS pilihan


Citation

Abu Bakar @ Che Din, Faziela (2016) Unsur emosi dan konflik dalam novel KOMSAS pilihan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membicarakan ten tang unsur emosi dan konflik yang terdapat dalam novel KOMSAS pilihan iaitu novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim, Merenang Gelora karya Ruslan Ngah, Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanufiah, Papa ...(Akhimya Kau Tewas Jua) karya Deana Yusof dan Cinta Madinah karya Abu Hassan Morad. Novel-novel rernaja yang dipilih, telah mencetuskan beberapa rasa tidak puas hati beberapa pengkritik, penggiat sastera, para sarjana dan lain-lain apabila teks-teks ini dijadikan sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Ada sesetengah individu beranggapan bahawa novel-novel ini tidak menepati objektif dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai bahan bacaan pelajar. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan blah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru kajian ini akan mengenalpasti dan menganalisis unsur psikologi yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan. Persoalannya adakah novel-novel ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya sedangkan novel-novel ini telah memenangi pelbagai pertandingan untuk kategori novel remaja. Setelah diteliti, novel-novel remaja yang dipilih ini mernpunyai unsur emosi dan konflik yang diterapkan oleh pengarang dalam karya yang dihasilkan. Oleh itu, pengkaji melihat unsur dad sudut emosi dan konflik yang dihadapi oleh watak dalam novel tersebut dengan menggunakan pcndckatan psikologi. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati novelnovel ini menyelitkan pelbagai jenis emosi iaitu emosi positif dan ncgatif. Manakala dari sudut konflik pula pengkaji mendapati konflik yang tcrcctus dalam novel-novel ini seperti konflik remaja dengan keluarga, konflik rcmaja dcngan diri sendiri dan konflik remaja dengan rakan sebaya. Dalam konteks kehidupan, manusia lidak pemah terlepas daripada menghadapi masalah hidup. Begitu juga permasalahan dalam kalangan remaja. Remaja seringkali dikaitkan dengan sifat remaja beremosi dan juga remaja berkonflik. Hal ini kerana jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh dan beremosi sekiranya tersalah asuhan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 63 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Literature - Technique
Subject: Emotions
Call Number: FBMK 2016 63
Chairman Supervisor: Nik Rafidah binti Nik Muhammad Affendi, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 19 Apr 2019 02:20
Last Modified: 19 Apr 2019 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68274
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item