UPM Institutional Repository

Refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital


Citation

Rosly, Nurfarhana Shahira (2015) Refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital serta menghuraikan refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital. Kajian ini menumpukan kepada tiga orang kanak-kanak sindrom tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2). Pengumpulan data berasaskan penyelidikan pemerhatian yang memanfaatkan kaedah analisis kandungan. Teori yang digunakana ialah Theory of Mind (Wimmer & Perner, 1983) dan Teori Analisis Wacana (Brown & Yule, 1983). Selain itu, kaedah kajian meliputi kaedah pemerhatian, temu bual, senarai soalan, soalan terbuka dan turut serta. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perkaitan antara daerah mental seseorang kanak-kanak dengan refleksi ujaran yang dihasilkan. Perkembangan pembangunan interaksi sosial dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger dilihat turut berkait rapat dengan perkembangan daerah mental kanak-kanak tersebut. Kajian seterusnya perlu memberikan penekanan kepada penggunaan elemen penceritaan dan multimedia sebagai pendekatan yang perlu dilakukan untuk merangsang interaksi sosial dan refleksi ujaran kanak-kanak tersebut. Usaha-usaha yang berterusan perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat untuk meningkatkan tahap perkembangan pembangunan kanak-kanak sindrom Asperger, terutamanya perkara yang melibatkan interaksi komunikasi dan sosial agar golongan ini tidak lagi dipinggirkan.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2015 102 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Autism
Subject: Autistic children - Education
Call Number: FBMK 2015 102
Chairman Supervisor: Profesor Madya Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 10 May 2019 02:00
Last Modified: 10 May 2019 02:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68218
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item