UPM Institutional Repository

Sensitiviti pelajar Islam di sebuah universiti awam mengenai halal haram urusan muamalat dan reaksi terhadap isu halal dalam media massa Malaysia


Citation

Mohd Zain, Nur Amalina (2015) Sensitiviti pelajar Islam di sebuah universiti awam mengenai halal haram urusan muamalat dan reaksi terhadap isu halal dalam media massa Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kepatuhan terhadap hukum syariah merupakan kewajipan bagi seluruh masyarakat Islam. Sensitiviti masyarakat Islam mengenai halal dan haram urusan muamalat tidak seharusnya tertumpu kepada satu aspek sahaja, tetapi perlulah dilihat dari aspek yang menyeluruh iaitu merangkumi aktiviti penggunaan pelbagai jenis barangan, pengambilan makanan serta urusan perkhidmatan kewangan. Justeru, isu-isu halal dalam urusan muamalat yang timbul dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuka mata masyarakat Islam, khususnya para pelajar universiti untuk lebih peka dengan perkara yang boleh melunturkan nilai akidah Islam. Kajian ini penting kerana dewasa ini pengguna Islam banyak terdedah kepada produk dan perkhidmatan yang tidak jelas dari segi hukum syarak. Di samping itu, mereka turut digemparkan dengan laporan berkaitan isu halal menerusi media massa pada masa yang sama. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti skop dan faktor sensitiviti pelajar Islam mengenai halal dan haram urusan muamalat. Selain itu, penyelidikan ini juga adalah untuk mengenal pasti reaksi pelajar Islam terhadap isu-isu halal dalam media massa di Malaysia. Konsep Banal Nationalism dan Model Penerimaan Multidimensi pula dijadikan kerangka teoretikal dalam kajian ini. Kajian ini turut dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam ke atas 11 orang penuntut Universiti Putra Malaysia. Analisis data dilakukan secara manual dengan menggunakan teknik analisis perbandingan berterusan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar Islam mempunyai sensitiviti yang menyeluruh iaitu pada tahap kognitif, emosi dan tingkahlaku terhadap hukum halal dan haram dalam aspek makanan. Informan juga cenderung mengambil berat tentang kewujudan unsur riba dalam perkhidmatan di perbankan konvensional. Sementara itu, sensitiviti terhadap status halal terhadap produk kosmetik, farmaseutikal, produk penjagaan diri dan pakaian adalah rendah. Terdapat dua faktor utama yang mendorong pelajar Islam sensitif terhadap hukum halal dan haram urusan muamalat iaitu faktor individu rapat seperti keluarga, di samping faktor usaha untuk mematuhi ajaran agama. Majoriti keluarga mempunyai pengaruh positif yang mendorong ke arah sensitiviti informan. Ianya berlaku melalui perbincangan keluarga dan asuhan dari kecil lagi. Di samping itu juga, sensitiviti pelajar turut disumbangkan oleh keteguhan nilai agama yang dimiliki informan yang akhirnya mendorong mereka untuk memenuhi kewajipan sebagai orang Islam dengan mematuhi perintah Allah SWT. Akhir sekali, pentafsiran pelajar Islam terhadap isu-isu halal dalam media massa menunjukkan bahawa informan merupakan khalayak yang aktif. Keaktifan informan tergambar melalui komen, kritikan, pandangan serta penilaian yang dibuat terhadap elemen-elemen mesej media. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa internet merupakan medium yang paling kerap digunakan oleh pelajar untuk mengetahui isu halal. Hal ini disebabkan internet itu sendiri menjadi saluran yang efektif untuk menyampaikan informasi berkaitan isuisu agama kepada generasi muda.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2015 99 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Muslims - Dietary laws - Malaysia
Subject: Food - Religious aspects - Islam
Call Number: FBMK 2015 99
Chairman Supervisor: Profesor Ezhar Tamam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 10 May 2019 01:33
Last Modified: 10 May 2019 01:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68203
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item