UPM Institutional Repository

Kesan pendekatan penyebatian terhadap pemerolehan dan disposisi pemikiran kritis serta persepsi pembelajaran dalam lukisan kejuruteraan


Citation

Mohd Darby, Norazlinda (2017) Kesan pendekatan penyebatian terhadap pemerolehan dan disposisi pemikiran kritis serta persepsi pembelajaran dalam lukisan kejuruteraan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) yang hanya tertumpu kepada penguasaan konsep dan teknik melukis tanpa melatih pelajar memanipulasi dan mengintegrasi konsep dan teknik yang dipelajari menghalang penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui subjek ini berlaku. Sehubungan itu kajian untuk menentukan kaedah pengajaran LK dalam menerapkan pemikiran kritis, disposisi pemikiran kritis dan persepsi pembelajaran serta kesannya adalah diperlukan. Dua pendekatan pengajaran digunakan iaitu Pendekatan Konvensional bagi kumpulan kawalan dan Pendekatan Penyebatian oleh kumpulan rawatan. Kajian secara kuasi-eksperimen dengan rekabentuk kumpulan kawalan tidak setara dijalankan selama 8 minggu terhadap kumpulan kajian yang dipilih daripada dua Kolej Matrikulasi Teknikal yang berbeza. Kumpulan kawalan terdiri daripada 31 orang pelajar dan kumpulan rawatan yang terdiri daripada 29 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Ujian pra dan diikuti oleh intervensi selama 8 minggu telah dilaksanakan. Selepas intervensi selesai dijalankan, ujian pasca untuk kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dilaksanakan. Penilaian dibuat dengan membandingkan keputusan ujian-pra dan ujian-pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Cornell Critical Thinking Test, Malaysia Critical Thinking Instrument (MACTI) dan Myself As A Learners adalah instrumen yang digunakan dalam ujian-pra dan ujian-pasca. Ujian-pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pemikiran kritis di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bagaimanapun, keputusan ujian-pasca menunjukkan bahawa pemikiran kritis bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam disposisi pemikiran kritis di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan tetapi keputusan ujian-pasca mendapati skor purata kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Bagi persepsi terhadap pembelajaran, kumpulan rawatan menunjukkan perubahan secara positif kepada lebih banyak item yang diukur berbanding kumpulan kawalan. Oleh itu kajian ini telah menunjukkan bahawa kaedah pengajaran LK yang menggunakan pendekatan penyebatian telah memberi kesan positif terhadap pemikiran kritis, disposisi pemikiran kritis dan persepsi pembelajaran pelajar. Cadangan untuk penambahbaikan keberkesanan usaha meningkatkan tahap pemikiran kritis, disposisi pemikiran kritis dan persepsi pembelajaran pelajar turut dinyatakan di dalam kajian ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 39 IR .pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Engineering drawings - Study and teaching
Subject: Critical thinking
Call Number: FPP 2017 39
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdullah bin Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 03 Apr 2019 01:11
Last Modified: 03 Apr 2019 01:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67893
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item