Citation
Mohd Ariffim, Ruhaida
(2015)
Kompetensi kerjaya dalam kalangan pelajar kolej komuniti.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Latihan dan kemahiran teknikal yang disediakan kepada pelajar bagi memenuhi
keperluan majikan industri merupakan tanggungjawab institusi pengajian teknikal dan
vokasional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi kerjaya
pelajar kolej komuniti dan mengenal pasti faktor yang menjurus kepada pemerolehan
kompetensi kerjaya pelajar di kolej komuniti. Responden kajian terdiri daripada 356
pelajar tahun akhir dari kolej komuniti di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan
Melaka. Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik merangkumi profil
demografi, intervensi perkembangan kerjaya serta adaptasi daripada Career
Competencies Questionnaire (CCQ), Career Decision Self Efficacy Scale Short Form
(CDSE-SF) dan Career Maturity Inventory (CMI). Analisis deskriptif dan inferensi
yang dijalankan adalah ujian-t, ANOVA dan Pearson Product-Moment Correlation
Coefficient. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kompetensi kerjaya berada pada
tahap tinggi (M= 3.94, S.P=0.45). Dapatan juga menunjukkan efikasi kendiri
keputusan kerjaya (M= 4.00, S.P.= 0.46) berada pada tahap tinggi manakala dapatan
intervensi perkembangan kerjaya (M= 13.36, S.P.= 4.86) dan kematangan kerjaya
berada pada tahap sederhana (M= 12.80, S.P.= 3.77). Selain itu dapatan menunjukkan
terdapat hubungan yang lemah antara pencapaian akademik dengan kompetensi
kerjaya (r= -0.007, p >0.05) dan terdapat hubungan yang lemah antara kematangan
kerjaya dengan kompetensi kerjaya (r= .073, p >0.05), manakala terdapat hubungan
yang sederhana antara dimensi efikasi kendiri keputusan kerjaya dengan kompetensi
kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kompetensi kerjaya berdasarkan
pemilihan bidang pengajian (M= 4.05, S.P.= 0.50; t (354)= -2.172, p < 0.05) dan minat
untuk menjadi usahawan (M= 3.78, S.P. = 0.54; t= 2.898, p < 0.05). Selain itu, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan bagi kompetensi kerjaya berdasarkan jantina dan
perancangan selepas bergraduat. Keputusan analisis ANOVA menunjukkan terdapat
perbezaan kompetensi kerjaya berdasarkan tahap intervensi perkembangan kerjaya (F
(2, 352)= 4.501, p <0.05). Dapatan dan keperluan kajian ini berfungsi membimbing ke arah memantapkan perkembangan kerjaya pelajar. Golongan pelajar ini boleh
dibimbing supaya dapat menyumbang kep ada keperluan tenaga kerja negara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |