UPM Institutional Repository

Bahasa sindiran dalam ujaran video blog


Citation

Mohd A. Rashid, Siti Norsyahida (2016) Bahasa sindiran dalam ujaran video blog. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis bahasa sindiran yang terdapat dalam ujaran Mat Luthfi. Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran (Mustafa Atan, 2010). Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti kekerapan jenis bahasa sindiran, menghuraikan penggunaan paralinguistik dari segi penyampaian bahasa sindiran dan untuk menganalisis makna tersirat dari aspek pragmatik dalam ujaran Vlog Mat Luthfi. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan berbentuk kualitatif bagi menghuraikan makna tersirat dalam penggunaan bahasa sindiran. Kerangka Teori dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan Kerangka Keraf (2007), Kerangka Bloch & Trager (1942) dan Teori Relevans (1986) yang dipelopori oleh Sperber & Wilson. Teori ini memberi penekanan kepada bahan kajian yang dikaji, iaitu merupakan video yang dihasilkan oleh vlogger Mat Luthfi yang diperoleh daripada laman sesawang YouTube, iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Ujaran yang mengandungi makna tersirat ini telah ditranskripsikan daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Pemilihan data dibuat berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis bahasa sindiran, iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Penggunaan bahasa sindiran ini bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu. Justeru, teguran yang betul dilakukan dengan menggunakan bahasa yang tersirat. Walau bagaimanapun, sindiran akan berjaya diterima sekiranya pihak yang ditujukan itu memahami mesej yang terdapat dalam sindiran tersebut. Dapatan kajian mendapati sebanyak 84% kekerapan penggunaan jenis sinisme, 10% jenis ironi dan 6% jenis sarkastik. Menerusi aspek paralinguistik, terdapat penggunaan intonasi suara dalam sindiran jenis ironi, sarkastik dan sinisme. Manakala, dari aspek pragmatik, terdapat kajian makna berdasarkan konsep konteks, kesan konteks dan kos proses, iaitu bagi mendapatkan makna yang relevan. Berdasarkan hasil kajian, ujaran Vlog menepati ketiga-tiga teori tersebut. Ujaran yang dituturkan oleh Mat Luthfi mempunyai makna yang tersirat dan mengandungi unsur sindiran.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 81 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Satire - Social media networks
Subject: Paralinguistics
Call Number: FBMK 2016 81
Chairman Supervisor: Hajah Nor Azuwan Yaakob, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Mar 2019 07:06
Last Modified: 28 Mar 2019 07:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67864
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item