Citation
Mohd A. Rashid, Siti Norsyahida
(2016)
Bahasa sindiran dalam ujaran video blog.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis bahasa sindiran yang terdapat dalam ujaran
Mat Luthfi. Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang
tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran
(Mustafa Atan, 2010). Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu
mengenal pasti kekerapan jenis bahasa sindiran, menghuraikan penggunaan
paralinguistik dari segi penyampaian bahasa sindiran dan untuk menganalisis makna
tersirat dari aspek pragmatik dalam ujaran Vlog Mat Luthfi. Kajian ini merupakan
kajian deskriptif dan berbentuk kualitatif bagi menghuraikan makna tersirat dalam
penggunaan bahasa sindiran. Kerangka Teori dalam penyelidikan ini adalah
berdasarkan Kerangka Keraf (2007), Kerangka Bloch & Trager (1942) dan Teori
Relevans (1986) yang dipelopori oleh Sperber & Wilson. Teori ini memberi penekanan
kepada bahan kajian yang dikaji, iaitu merupakan video yang dihasilkan oleh vlogger
Mat Luthfi yang diperoleh daripada laman sesawang YouTube, iaitu dari tahun 2011
hingga tahun 2014. Ujaran yang mengandungi makna tersirat ini telah ditranskripsikan
daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Pemilihan data dibuat berdasarkan
kepada ketiga-tiga jenis bahasa sindiran, iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Penggunaan
bahasa sindiran ini bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu. Justeru, teguran
yang betul dilakukan dengan menggunakan bahasa yang tersirat. Walau bagaimanapun,
sindiran akan berjaya diterima sekiranya pihak yang ditujukan itu memahami mesej
yang terdapat dalam sindiran tersebut. Dapatan kajian mendapati sebanyak 84%
kekerapan penggunaan jenis sinisme, 10% jenis ironi dan 6% jenis sarkastik. Menerusi
aspek paralinguistik, terdapat penggunaan intonasi suara dalam sindiran jenis ironi,
sarkastik dan sinisme. Manakala, dari aspek pragmatik, terdapat kajian makna
berdasarkan konsep konteks, kesan konteks dan kos proses, iaitu bagi mendapatkan
makna yang relevan. Berdasarkan hasil kajian, ujaran Vlog menepati ketiga-tiga teori
tersebut. Ujaran yang dituturkan oleh Mat Luthfi mempunyai makna yang tersirat dan
mengandungi unsur sindiran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |